Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Monday 30 July 2012

Hadiah Kahwin Yang Diperam




Alhamdulillah, dah 6 bulan kami bersama sebagai suamiisteri. Semoga rumahtangga kami sentiasa diberkati Allah dan kekal sehingga nafas terakhir kami. Amin...

Tapi, dah 6 bulan masih ada lagi insan yang sudi memberi hadiah perkahwinan pada kami. Rezeki lah katakan.

Sebenarnya hadiah tu dah lama dia beli cuma tak berkesempatan nak bagi. Bila jumpa je lupa nak bawa. 

Bermakna hadiah tu dah 5 bulan dia peram kat rumah dia!haha...


Ehsan gambar dari Google

Alhamdulillah, peram-peram jugak yang syoknya dapat MICROWAVE OVEN tuh! Boleh aku buat biskut raya untuk tahun ni. Tak payah susah-susah pergi beli..hihi


 
Inilah gerangan insan yang dimaksudkan. Terima kasih ye Ustaz Rozi kerana sudi menghadiahkan saya MO ni. I Like it very much! Macam tahu2 je yang aku perlukan MO.
 
Terima kasih jugak kerana sudi menjadi Qari di majlis perkahwinan saya. Ramai orang puji bacaan Ustaz ^__^. 
 

Masih Lagi Berharap




Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia aku untuk berpuasa di hari ke 10 Ramadhan. Semoga Allah menambahkan lagi usia kita untuk menghabiskan puasa tahun ini. Amin...

Bersyukur juga kepadaMu Ya Allah atas segala nikmat yang telah kau berikan ke atas kami suamiisteri. Tak terhingga banyaknya nikmat yang kami kecapi sehingga hari ini.

Tahun ini merupakan tahun pertama kami berpuasa as SUAMISTERI. Perasaan? Seronok sebab dapat berpuasa bersama dengan orang yang kita cintai.

Tapi, sedih juga kerana kebiasaannya tahun-tahun sebelum ni aku berpuasa dengan mak abah. Kadang-kadang terasa kekurangan dalam diri tapi itulah lumrah manusia. Keadaan tidak akan sama setiap masa. Betul tak?

Dan di bulan Ramadhan yang mulia ini aku harap pintu rezeki pekerjaan untuk aku terbuka. Aku masih lagi mencari dan menggali ruang-ruang pekerjaan. Namun, aku masih tidak putus mengharap dari Yang Maha Esa.

Amin.....


Friday 27 July 2012

Super Duper Debab!




Salam Ramadhan semua kaum Muslimin dan Muslimat. Macam mana dengan puasa korang?

Lately, aku tersangat malas untuk meng'update' blog dan blogwalking melawat teman-teman di alam maya ni. Entah aku pun tak tahu kenapa.

So, hari ini aku memaksa juga diri untuk menjengah dan membersihkan sawang-sawang yang 'banyak' dalam blog aku..hihi...

Aku nak kongsi dengan korang satu gambar yang aku dapat dari FB (muka buku). Sangat2 menggelikan hati aku.

Korang? Aku tak tahulah tapi aku harap mampu untuk membuatkan korang ketawa ataupun tersenyum!


Hehehe.....^__^

Wednesday 25 July 2012

Ke Mana Hilangnya Juwita?




Salam Ramadhan untuk semua kaum Muslimin dan Muslimat.

Setelah 5 Ramadhan 1433H baru hari ni aku berkesempatan untuk meng'update' blog.

Sebelum tibanya bulan puasa, aku dan En.Hubby balik ke my hometown yakni di Ipoh. Oh, rindunya aku di kampung halaman.

Sempat juga menolong abah mengutip durian dan buah dokong. Hanya itu yang mampu ku lakukan dengan mencurahkan keringat.

Duit? Aku sendiri takde job. Insya Allah akan datang juga rezeki kerja itu.

Oh..aku nak mintak tolong korang cari Juwita yang hilang ni...Klik gambar ye..


Monday 16 July 2012

Vegetable Chopper




Ehsan Gambar dari Google

Tahu tak apa ke bendanya gambar kat atas nih?Ha..inilah vegetable chopper...

Last week aku saja order dari kakak ipar aku...Rasa macam tertambat hati nak benda ni..Konon-konon nak try...hihi..Apa lagi..Mulalah adegan memujuk En.Hubby..muahaha

Bila dah dapat..Aku terus rasmi VC ni...Emm..best oo...Boleh buat latihan kekuatan tangan lagi tau...Lagi satu aku ni jenis malas nak angkat blender ke suis..kat dapur rumah aku ni ada satu je suis..huhu

So dengan adanaya VC ni aku jadi rajin nak cincang bawang halus2...Dalam masa yang sama boleh jugak aku guna untuk buang lemak2 kat tangan..ahahaha..

Ha..untuk insan yang suka jimat elektrik tu disyorkan guna VC ni sebab tak membabitkan langsung penggunaan elektrik...Harga? Murah je...Tak sampai RM15.00...

Cubalah ^____^

Oh..Siapa suka aiskrim?Saya suka..saya suka..Klik gambar aiskrim Fruttare kat bawah ye..

 

Setelah Tiga Bulan Aku Bersama Nuffnang




Hari ni aku terrajin sikit nak bukak akaun Nuffnang aku...Dan Alhamdulillah.menunjukkan sedikit peningkatan berbanding minggu lepas....

Let see what I got...


Untuk Buffered Earnings aku bertambah lagi dan masih dalam proses untuk naik ke satu tahap..hihi..Maxis Home FWBB..Terima kasih ye..

Untuk Metered Earnings bertambah lagi satu menjadikan ME aku yang ke-4 iaitu Drypers Relaunch..jadilah..ada jugak masuk walaupun tak sebanyak macam orang lain...hihi


Ha untuk CPC pulak..ada 3 pertambahan..wow!Terima kasih ye yang sudi klik-klik my Nuffnang...Love u so much!(oppss...karang jeles pulak my hubby..hihi)

Emm...setelah tiga bulan bersama Nuffnang jumlahnya adalah...RMxx.xx..mana boleh bagitahu...nanti dah sampai waktu baru diannouncekan...Tak banyak macam yang lain-lain..Diorang dah siap boleh cash out!Aku? belum lagi..waaaa....

Bagi yang belum daftar Nuffnang..sila daftar cepat2 ye!Mana tahu boleh buat duit raya ni untuk bagi kat mak abah dan adik-beradik..hihi...Klik Nuffnang ni ye...
Oh..nak mintak korang tolong klik gambar di bawah ni...Mekasih ye...Sedapnya aiskrim tu!!!



Saturday 14 July 2012

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari ....





Oh..Cantikkan banner kat atas tuh...

Sudah sedia maklum..Bila ada banner..Maka adalah segmen..hihi

So terbaru aku join segmen dari blog Ayu...

Untuk makluman Ayu...Saya Blogger dari Perak!

Kawan yang saya nak tag adalah....Nieza!

Ok..pada siapa yang nak join..klik banner tu ye..Senang je nak join segmen nih...

Aduh..Terkena Aku!




Petang semalam lepas aku angkat kain kat ampaian..Aku sajala sembang2 dengan jiran sebelah...K.Ina...Sembang punya sembang tetiba je dia jerit panggil anak dia..Amir!Oooo Amir!

Anak: Ada apa mak?
 
Emak : Amir tolong mak kejap...Pergi belikan mak Magnum....
 
Anak: Duitnya mak...

Emak: Nah duit..Cepat balik...

Dalam hati aku ni terdetik..ha..Magnum? Takkan akak ni main nombor ekor pulak..Aku diam je..Segan nak tanya...Tapi memang pelik sangat2la...Siap suruh anak pergi beli Magnum...Dalam 5 minit lepas tu anak dia pun balik...

Anak: Mak..nah ni Magnumnya....
Emak: Pergi bubuh dalam peti ais dulu..Mak nak sembang jap...

Aku:Cit..aiskrim Magnum rupanya! Terkena aku! huhu

Sabar ajelah...^__^

Wednesday 11 July 2012

Aku Jeles!Full Stop!




Aku jeles dengan orang yang fluent sangat2 bila diorang cakap English...

Aku jeles sangat2 bila diorang confident je tulis ayat dalam English sedap-sedap...

Tapi aku lagi jeles kat diorang yang fasih berbahasa Arab....

Aku lagi jeles kat diorang yang boleh menghafal dan membaca 30 Juzuk dalam Al-Quran dengan tersangat2 lancar!

Aku jeles!!!
 
Cemburu sebab aku tak mampu untuk berbuat sedemikian rupa...Alangkah bertuahnya mereka inikan?
 
Ya Allah..bantulah hambaMu ini agar sentiasa bersyukur, berzikir dan beribadat lebih baik kepadaMu..Amin...

Calon Berkelayakan Ijazah Sarjana Muda untuk memohon dan dilantik ke jawatan yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia




Hari ni aku semangat buat peta lakar untuk abah....Sebabnya nak buat permohonan baru dengan kementerian kewangan..Sebelum ni aku buat guna tangan je..Lukis macam budak sekolah!haha..Teruk..Tapi hari ni aku try guna Microsoft Word + Photoscape dan hasilnya menjadi...saya suka..saya suka..hihi

Lepas aku upload dalam sistem..Aku pun tetiba teringin nak buka SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)..Dan tetiba aku terpandang berita yang sangat-sangat aku suka...Beritanya cam gini...
 
"Calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda kini dibenarkan untuk memohon dan dilantik ke jawatan yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Ini bertujuan bagi membolehkan semua calon bersaing bagi memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik yang dimiliki calon. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan kaedah ini, semua calon boleh memohon mana-mana jawatan yang dimohon tersebut dua (2) peringkat lebih rendah daripada kelayakan akademik tertinggi yang dimiliki calon."
 
Oh..Aku pun apa lagi terus update akaun SPA aku..Jawatan boleh diminta sehingga 15 pilihan tau... Minta-minta adalah rezeki aku...Mungkin aku patut mencuba dari bawahkan?Tak cuba tak tahu...Entahlah..Dah lama grade tapi masih tak dapat2 kerja..Sabar aje...
 
Ya Allah..Mudahkanlah dan dekatkanlah aku dalam mencari dan mendapatkan rezeki pekerjaan yang halal..Amin... 
 
Opss..sebelum terlupa..Anda nak tahu anda jenis ibu bapa yang macam mana? Garang kah? Kontemporarikah? Moden kah? Rajinkah?
 
  Jom ambik KUIZ ni jika anda tahu!
 



                

Monday 9 July 2012

Bukan Aku Je Suka Tidur..




Hari ni mendung je dekat sekitar kawasan ni...Membuatkan mata aku pun layu...Dan akhirnya mencari bantal untuk dijadikan teman tidur...

Tapi..sebelum aku melelapkan mata..Aku mencari si Meer yang tak nampak-nampak batang hidung dia..Rupa2nya dia dulu dah zZzZzZzZzZz..Cit..Patutlah panggil tak datang-datang,..Dah lena dibuai mimpi agaknya dia nih....

Aku pun snap beberapa gambar Meer....





Ha..tgk aku kacau Meer tidur sampai duduk pun tak nak bukak mata..Amboi-amboi!Mengalahkan tuan nampak!hihi

Saturday 7 July 2012

Kait Jarum Satu: Bekas Botol Air




Setelah berhari-hari berhempas pulas mencuba pattern baru nih..Akhirnya siap juga...Asalnya dibuat sebab ada request dari kakak ipar...Anaknya duk merengek nak bekas air yang dikait....


Ini adalah hasil yang pertama...Design 3 double crochet...

Hasil kedua with V-stitch design...

Dan hasil ketiga combination of 3 double crochet and V-stitch design...

2 of them....

Saiznya adalah saiz botol air mineral biasa..kiranya botol yang standard tu...
Warna benang = pink...

Sedia menerima tempahan bagi yang betul-betul berminat...
Harganya RM12.00 (termasuk penghantaran)
Boleh request warna benang (tertakluk kepada warna benang yang available dan senang untuk didapati)
Berminat? Hantar email anda ke riesa8586@gmail.com with details...
TQ...^____^

Thursday 5 July 2012

Kait Jarum Satu: Alas Gelas (Coaster)




Salam Nisfu Syaaban kawan-kawan sekalian...Lama tak update blog...Buzy dengan kehidupan seharian as 'housewife'..haha...

Hari ni aku nak share dengan korang alas gelas a.k.a coaster yang 'berjaya' aku kait sekian lama dulu..ala masa zaman bujang..Cit..baru hari ni nak upload gambar dan share dengan korangkan? Alas gelas ni dah lama siap cuma aku tak guna-guna lagi..Saja simpan dan guna bila dah kahwin...hihi...

Sekarang aku nak keluarkan harta karun aku nih....

Tadaaaaaa!!


Amacam korang? Cantik tak? Ok tak? Toink2...Lebih-lebih pulak aku nih..hihi...Warna purple + pink as border...Eh kejap..selalunya set gelas ada 6 bijikan? Cuba kira ada berapa tu...tujuh ok!Terlebih rajin gamaknya aku nih..Maklumlah excited bila dapat buat satu pattern yang baru...

Oh ye...aku menerima tempahan untuk coaster nih..Harganya RM2 untuk satu (tak termasuk harga penghantaran)...Bagi siap2 yang berminat, boleh hantar email dekat riesa8586@gmail.com with details ok....

Oh hari ni mendung je...Sodap tidur nih...Tapi tak boleh..Aku nak siapkan lagi satu projek...Dah siap nanti aku upload gambarnye ye! Chiawwwwwww....^________^

Sunday 1 July 2012

Meer Malu-Malu Kucing




Sejak 2 minggu si Meer ni duduk dengan aku & En.Hubby...makin galak dia bermain dan bermanja..amboi..takpadan dengan jantan!haha...Eh kejap...sapa pulak si Meer ni...Meer ni seekor kucing yang tetiba je ikut En.Hubby balik dari kerja..Kata En.Hubby Meer kejar dia sampai ke motor..huhu

Mari kita tengok aksi2 kucing nih...

 
Tengok...suka-suka hati je naik atas katil..Nyibuk je...Nak tangkap gambar tapi malu...Toleh kanan..pastu pulak toleh kiri....Adoila....


Ha..last-last cari balik kamera suruh tangkap gambar..Mula2 malu..Teringat pepatah ada menyebut..'malu-malu kucing'..Haha..Terbukti pun...




Pergh..tengok Meer tidur sedap sangat2..Last2 dengan aku2 pun lena..Haha...Oklah tu..Jadi teman aku di kala keseorangan di rumah...En.Hubby kerja..Sunyi..So main2 dengan Meer...Tapi bila En.Hubby balik..Meer aku tak layan dah!Haha...

Oh..nak mintak tolong korang klik link2 kat bawah ye..Terima Kasih..^___^

11 Syabaan 1433H

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...