Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Friday 31 August 2012

Merdeka!!!




Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam kemerdekaan untuk semua. Apa erti kemerdekaan pada korang? Pada aku, seharusnya minda kita yang patut dimerdekakan dari anasir-anasir barat untuk serap dan amalkan agama Islam.

Wallahualam, itu cuma pandangan aku. Korang aku tak tahu..heeee ^^,

Sempena dengan hari kemerdekaan ni, aku dah tukar header blog aku..pheewiiiittt...Cantik tak? Ala simple je header aku.

Tak macam blog otai kiter Abg Ben Ashaari. Cantik menarik lagi header dia. Siap ada gambar Junior Ben Ashaari a.k.a Qhaliff...Cute ok...

Dalam masa yang sama aku tengah berperang dengan jarum dan benang kait aku. Untuk siapkan buat emak yang buat permintaan minggu lepas. Just a simple pineapple doily crochet for my mom.Wanna to look at my doily?





Still in the progress..about 50% more to complete. Owh, memang menguji tahap kesabaran aku. Inilah first time aku buat doily guna benang kait halus. Special untuk emak!!!

Will be upload the picture when this doily finish ok!

Tuesday 28 August 2012

Kerana Dia..




Salam sayang semua. Aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kaum muslimin dan muslimat.

Setelah seminggu berada di kampung kedua-dua belah pihak, maka rutin harian pun bermula apabila kembali ke teratak kecil aku.huhu...






Bekas botol air, yang aku kait sebelum bulan Ramadhan, aku hadiahkan kepada emak tersayang. Emak kata sepanjang bulan Ramadhan dia bawa setiap kali ke solat Terawih. Oh, terharunya aku.

Kemudian emak cakap kawan dia berminat betul dengan bekas ni. Dibelek2nya bekas air dan kemudian masa aku bertandang ke rumah kawan emak untuk beraya, aku dihadiahkan ini...




Benang kait buatan Vietnam! Alangkah seronoknya dalam hati. Ya, rezeki Syawal.hihi. Bukunya aku pinjam untuk rujukan dan menambahkan lagi kemahiran.

Dan semalam aku dapat panggilan dari emak meminta aku membuat alas meja jubin di rumah. Insya Allah emak, akan diusahakan. Memang niat di hati hendak hadiahkan lagi hasil kaitan pada emak..^^, 

Nak tahu cara memenangi RM100,000? Klik gambar kat bawah..

 

Sunday 12 August 2012

Sedar Tak Sedar Dah Penghujung Ramadhan...




Pejam celik pejam celik, dah 23 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. Semoga diberi peluang untuk menghabiskan Ramadhan kali ini dan bertemu kembali Ramadhan yang akan datang. Amin.

Beberapa hari lepas tetiba rajin untuk masak bergedil. Oppss...bukan berdegil ye..





Inilah hasilnya sebelum digoreng. Aku membuat sedikit kelainan dengan menggunakan daun pasli. Memang terangkat!

Bahan-bahan yang diperlukan:

1kg Ubi kentang (dipotong dadu)
Bawang besar (dipotong dadu)
Daging ayam (dicincang @ diblend halus)
Daun pasli @ Daun sup
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Telur ayam (dipukul)
Minyak untuk menggoreng
 
Cara-caranya senang aje:
 
1. Goreng ubi kentang yang dipotong dadu. Angkat dan toskan.
2. Masukkan  bawang besar, ayam, daun pasli, garam dan serbuk lada hitam dalam ubi kentang yang dah digoreng tadi. Gaul sebati dan lenyekkan.
3. Bentukkan bergedil seperti gambar di atas.
4. Celup ke dalam telur dan goreng sehingga masak.
5. Siap! Senangkan?

1kg ubi kentang boleh dapat lebih kurang 30 biji bergedil. Itu untuk saiz macam dalam gambar. kalau buat besar mungkin kurang dari 30 biji.

Sedap tau makan masa berbuka. Selamat mencuba!

Tuesday 7 August 2012

Rahsia Hati Tak Siapa Yang Tahu

Benar, rahsia hati tak siapa yang tahu. Melainkan Allah SWT.

Kadang2,ada rahsia di dalam hati yg tak mampu kita luahkan pada seseorang.

Dan rahsia itu hanya mampu diluahkan kpd Pencipta kita.

Allah Maha Mengetahui segalanya. Biarlah ketenangan yang kita cari
itu,datang dari Yang Maha Kuasa. -Riesa-

Sunday 5 August 2012

China Larang Umat Islam Berpuasa





Pihak berkuasa Xinjiang dikatakan melarang para pegawai dan pelajar Islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Mereka mengatakan apabila berpuasa boleh menjejaskan kesihatan.

Terkejut aku membaca berita ini dalam suratkhabar semalam. Kenapa ini mesti terjadi ke atas umat Islam di sana?

Sungguh aku rasa pihak berkuasa Xinjiang memberi alasan 'puasa menjejaskan kesihatan' adalah untuk memesongkan akidah umat Islam. Aku tak pernah dengar lagi umat Islam yang berpuasa dalam bulan Ramadhan meninggal dunia.

Meskipun ada yang meninggalkan dunia ini bukan disebabkan 'puasa' tetapi atas perkara lain seperti kemalangan, main mercun etc. Malah pada zaman Rasulullah s.a.w mereka masih mampu untuk berperang (Perang Badar)!

Sabarlah...semua ini ujian dari Allah s.w.t.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...