Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Thursday 30 May 2013

Bersusah dahulu...

Hari ni aku dah berpantang 23 hari....Even terasa lambat lagi nak habis pantang, tup2 dah masuk hari yang ke 23...

Bashirah pun tak cukur rambut lagi...Kata tok wan nya dia nak cukur sendiri... Tapi tak tahulah bila... Ramai yang bertanya dah bercukur ke belum.. Jangan risau, akan dicukur jugak dan tak mudarat sikit pun if lambat bercukur... Kadang geram jugak orang duk sibuk bertanya ni...huhu...

Tahap tekanan aku sekarang dah makin berkurangan.. Orang tua-tua kata tak elok tekanan masa dalam pantang.. Mungkin 2 minggu pas bersalin, aku tertekan sebab badan kurang bertenaga, aliran susu pun kurang, orang di sekeliling pun tak berapa nak faham situasi aku... Tapi Alhamdulillah, En.Hubby setia memberi semangat dan orang2 yang berkenaan pun faham keadaan aku..

Terima kasih aku ucapkan.....

Bersusah dahulu, bersenang kemudian... Orang lain senang je nak menyusukan anak... Susu banyak untuk anak... Tapi aku, kena bersusah dahulu... Aku kena usaha lebih... Ya, merasa terasa perit dan pahit... Tapi bila aku laluinya dengan sabar,kemanisan itu terasa... Betullah kata orang, pengalaman itu amat bermakna....

Harap2 aku dapat menyusukan anak aku sampai umur dia 2 tahun... KeranaMu Ya Allah...Ikhlas untuk anakku...Insya Allah....

.................................

Sent from my iPad...

Friday 24 May 2013

Untukmu Si Jantung Hati Ibu dan Abah

Sekejap masa berlalu...Dah 17 hari Bashirah melihat dunia...17 hari jugak aku dah berpantang...Bashirah yang semakin cerdik dan 'demand' sekarang ni..Tidur nak bertepuk, nak berteman..hihi...Itulah permata hati ibu dan abah....

Dengan semangat baru dan azam yang jitu, aku bangkit untuk menempuh segala dugaan ini dengan penuh kesabaran...Mohon juga En.Hubby untuk sentiasa berdoa buat kami...Mana tahu mendapat berkat dari Ilahi, segala masalah mampu diatasi. No more tears, no more crying, no more sulking....

Sent from my iPad...

Thursday 23 May 2013

Aku perlukan kekuatan....

Ya Allah..berilah hambaMu ini kekuatan dan keazaman...Bantulah hambaMu ini untuk menempuh segala dugaan dengan penuh kesabaran....

Diri aku terasa lemah sangat sekarang ni...Berdepan dengan masalah yang tak selesai lagi...Bermacam-macam cara dah cuba,tapi tak nampak berkesan pun...

Payah juga bila ada campur tangan pihak ketiga...

Sent from my iPad...

Wednesday 22 May 2013

8 Mei 2013

Kenapa dengan tarikh 8 Mei? Alhamdilillah,pada tarikh tersebut lahirnya cahaya mata sulung kami. Bermakna bertambah lagi ahli keluarga.hehe

Kesakitan masa bersalin hanya Allah yang tahu. Dan nikmatnya terasa bila anak keluar je dari perut,terus hilang segala kesakitan. Dan Alhamdulillah, aku bertarung dengan kesakitan bersalin hanya dalam tempoh 4 jam. Hebatnya kuasa Allah....

Bashiratul Raihanah nama diberi. Ye, puteri sulung kami yang comel sudah 15 hari melihat dunia yang penuh pancaroba ini. Sekejap je masa berlalu. Sehingga sekarang masih terasa gerakannya semasa masih dalam perut.

Aku masih ada sebulan lagi tempoh berpantang. Lambatnya terasa tapi apakan daya, pantang sekarang untuk hari tua nanti.

So, selamat berpantang untuk aku....hihi

I really miss my hubby...Need him around and every moment but he must work hard to support us...

Sent from my iPad...

Saturday 4 May 2013

Jalan-jalan PRU 13

Baru balik melihat suasana sebelum hari mengundi. Dalam hujan pun redah jugak. Dalam duk tunggu hari nak 'meletup',sempat jalan2 lagi.hehe

Biasalah 5 tahun sekalikan. Dahlah aku tak balik mengundi..sob3..sedihnya..Rugi dah satu undi.

Besar tak replika kapal terbang tu?hehe

Sent from Samsung Mobile©

38 minggu!

Wah,lamanya tak update blog. Bermakna dah lama jugak aku tak online. Malas untuk update...huhu

Sekarang dah 38minggu. Minggu berjaga-jaga. Anytime baby mintak untuk keluar melihat dunia...hehe.

Perut dah besar,nak tidur malam punyalah payah. Kadang-kadang tu,sampai menangis dekat hubby..huhu.

Memang banyak dugaan as preggy woman ni. Kena banyak bersabar...

Sent from Samsung Mobile©

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...