Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Monday, 12 August 2013

Itulah Realiti

Setelah sekian lama aku rasa nak meluahkan perasaan dalam blog ni. Berkenaan susu badan dan susu formula.Sebelum tu aku nak m.maaf kalau ada mana2 pihak terasa apa yg aku nak sampaikan.

Aku terpaksa campurkan susu badan dengan susu formula memandangkan susu badan sedikit.Masa mengandung memang niat nak breastfeed sepenuhnya.Tapi kita hanya merancang,Allah yang tentukan segalanya.

Mula2 anak diberi susu formula,hati sedih sangat.Sebab hak dia menyusu badan tak mencukupi.Mujurlah,ada adik ipar yang sudi menyusukan anak aku.Tapi tak lama sebab aku balik berpantang kat umah mak aku.

Bila dalam tempoh berpantang,aku tension sangat2.Anak lapar,air susu sikit.Aku relakan jugak anak aku minum susu formula.Macam2 aku cuba untuk banyakkan susu.Minum susu Anmum,adik ipar bagi Shaklee,mengurut sampai 3kali,ambik vitamin,ambik ubat,makan sayur,sikat miss b,aku perah jugak walaupun cuma 1oz,tapi hasilnya tak banyak jugak.

Jadinya sampai sekarang mix susu.Kadang2 yang menyusu badan secara eksklusif pertikaikan tindakan aku.Aku bangga pada siapa2 yang fully breastfeed ni.Dah rezeki susu diorang banyak.Cuma aku mintak janganlah pandang rendah pada golongan macam kami.Cuba bayangkan kalau anda jadi macam kami.Itupun aku bersyukur sebab ada jugak susu badan walau sedikit.

Untuk anak ibu,ibu m.maaf sebab tak bagi hak anak ibu sepenuhnya.Mungkin atas kesalahan ibu sama.Ibu harap anak ibu jadi anak solehah.

Ingatlah,kita hanya merancang,Allah yang menentukan segalanya.

Sent from Samsung Mobile©

Thursday, 1 August 2013

Bertiga

Sejak ada anak ni,nak berblog or berfacebook amat2la jarang.100% perhatian untuk si manja.Lagipun aku ni surirumah,memang 24jam dengan anak.

Tahun ni beraya dengan si manja.Bertigalah maknanya.Mak dengan abah aku pn excited,maklumlah,cucu pertama.haha.Tak kurang jgk my MIL & FIL,kehadiran 2 orang cucu baru tahun ni.

Perjalanan balik kampung belum dirancang.Mak abah di Ipoh setia menanti.Al maklumlah dah duduk jauh ni,balik jarang2 sekali.

Oklah,nak tidurkan my little princess.Selamat Hari Raya aku ucapkan.Maaf andai terguris jiwa.
Sent from Samsung Mobile©

Wednesday, 3 July 2013

Puding Karamel

Oleh kerana teringin sangat makan puding karamel,aku google resepi. Nampak senang aje nak buat.

Bahan untuk karamel adalah 5 sudu besar gula dan 2 sudu besar air. Masukkan gula dan 1 sudu air dalam loyang,masak dengan api sederhana sehingga perang.Kemudian masukkan 1 sudu air lagi.

Untuk puding:
5 sudu besar gula
1 tin susu cair
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk. Pukul sampai kembang.

Masukkan susu dan esen vanilla dalam periuk.Panaskan susu dengan api sederhana sampai jadi suam2 kuku.

Kemudian masukkan susu dalam telur tadi sikit demi sikit sambil kacau.

Tuang adunan tadi atas karamel dalam loyang dan kukus selama 30minit.Pastikan periuk kukus dipanaskan terlebih dulu.

Dah masak sejukkan kemudian bubuh dalam peti sejuk.Siap...

First try buat tak berapa nak cantik. Takpelah, next time cuba lagi.hehe

eSent from Samsung Mobile©

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...