Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Saturday 30 June 2012

Tangisan Dalam Ketawa...




Bila baca tajuk je korang mesti dah tahu maksud akukan?Ye..aku menangis dalam ketawa..Maksudnya aku dalam kesedihan di sebalik keceriaan yang aku tonjolkan...

Aku sedih..kerana ada "INSAN" itu tak habis-habis mengutarakan ayat-ayat yang sememangnya nyata dan jelas membuat hatiku sakit....Aku sedih...kerana "INSAN" itu tak tahu menilai maksud sebenar perkataan "SENANG"...Aku sedih..kerana "INSAN" itu tak habis-habis dengan sifat hasad dengkinya tapi dalam masa yang sama menjadi talam dua muka...Aku sedih...kerana "INSAN" itu menjadi batu api dalam hubungan keluarga....

Kenapa mesti hendak membandingkan kehidupan aku dengan kehidupan orang lain...Itu rezeki orang itu..Mungkin belum sampai masa aku lagi untuk jadi seperti orang itu...Setiap kali berjumpa "INSAN" ini..tak putus-putus dia berkata 'diorang hidup senang, gaji banyak, beribu-ribu'...Aku tahulah gaji suami aku tak sehebat orang itu.....Aku tahulah aku tak dapatjob lagi...Tapi tak perlu nak banding-bandingkan kami...Dan aku sikit pun tak pernah rasa cemburu dengan itu...Aku sedar itu nikmat yang Allah bagi..Dan tak semestinya nikmat Allah itu terhad pada 'gaji' saja...

Aku teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus.."Orang ada duit, bukan dipanggil orang senang..Tapi dipanggil ORANG BANYAK DUIT..Orang yang senang adalah orang yang mampu untuk beribadat kepada Allah pada bila-bila masa..Berzikir, bersedekah, berjihad semuanya kerana Allah.." Dan aku setuju dengan kata-kata itu....Sedikit sebanyak kata-kata ini menyejukkan hati aku....

Kalaulah "INSAN" itu sedar yang dia menyakitkan hati aku!!
Oh..sejukkan hati aku dengan Klik SINI ye...


Untuk tambahkan lagi kesejukan..klik link-link kat bawah ni ye...


10 Syabaan 1433H

Thursday 28 June 2012

Tips Menjaga Pandangan Anda...




  • Ingatlah bahawa Allah Maha Melihat! Walaupun ketika sendiri di hadapan PC atau membelek majalah, kita tak boleh lari dari pandangan Allah.
  • Mata akan jadi saksi pada hari akhirat kelak.
  • Malaikat sentiasa catat amal perbuatan kita tanpa tercicir sedikit pun.
  • Masih bujang? Kalau masih bujang dan susah untuk menjaga pandangan, berkahwin atau bernikah adalah penyelesaiannya kerana ia mampu menundukkan pandangan.
  • Sudah berkahwin? Pun perlu menjaga pandangan. Mata yang liar memandang sesuatu yang haram akan menerbitkan rasa hambar kepada isteri atau suami yang halal. Sebabnya syaitan sentiasa menghiasi perkara yang haram supaya kelihatan indah.
  • Jauhi tempat maksiat, kawan yang menyeru ke arah kemungkaran.
  • Basahkan lidah dan hati kita dengan zikir kerana ia merupakan benteng daripada godaan syaitan.
Ehsan En.Google


Sumber: Solusi.Isu 44.M/S 77.

Sambil-sambil tu..cuci pandangan mata anda dengan SAMSUNG GALAXY MINI 2!RM599 je..wow!

 Klik link ni ye...-->The #GALAXYmini2 is tiny yet powerful, get yours for RM 599 only! <--

8 Syaaban 1433H

Wednesday 27 June 2012

BE Yang Ke4 dan ME Yang Ke3!




Betullah..Rezeki Allah itu ada di mana-mana..Walau kecil walau besar..tetap rezeki yang diberi oleh Allah..Bersyukurlah...

Dan hari ni bila aku cek akaun Nuffnang aku...Ada pertambahan dalam Buffered Earnings..Ini menjadikan BE aku yang keempat sejak aku berblog...

Drypers Relaunch..tq sudi pilih blog saya..hihi

Dan akhirnya BE aku dulu dah jadi Mettered Earnings aku yang ketiga...Terima kasih untuk Friso!
 
Oklah sejak berblog ni ada jugak yang masuk..hihi..rezeki perkahwinan agaknya...Mekasih ye En.Nuffnang!

Eh..jom "Mencari Ramli" nak?
Klik SINI ye kekawan ^^,

7 Syaaban 1433H

Pengalaman Temuduga SL1M Tabung Haji




Hari Ahad lepas aku berpeluang untuk pergi temuduga SL1M Tabung Haji KL...Sebelum aku pergi interview tu..Aku pun buat surveylah berkenaan dengan SL1M..Siap tebalkan muka tanya dekat orang-orang yang patut...Tanya pengalaman diorang..Tapi sorang pun tak respons..Tak tahulah aku sama ada diorang ni kedekut ke...Tak online ke...Sibuk ke..Wallahualam...

So, hari ni aku nak share dengan korang macam mana interview tu berlangsung..Bukan apa sebagai kenangan aku jugak dan panduan untuk siapa2 yang terlibat....

Interview tu terbahagi kepada tiga peringkat..Peringkat pertama adalah English Test..Ni dalam bentuk exam..Kena jawab soalan objektif...Jangan risau...Soalan dia tak susah dan tak senang..huhu...Berpeluh jugakla aku nak menjawab walaupun duduk dalam air-cond..Yelah..aku ni mana reti bahasa 'Obama' ni...

Peringkat kedua pulak temuduga Fardhu Ain..Ha, mulalah gelabah kau nak mengingat balik semua masa kita belajar kat sekolah...Sebenarnya apa yang ditanya semuanya yang kita lakukan hari-hari, setiap waktu..Cuma kadang-kadang kita alpa dengan semua tu...

Peringkat ketiga barulah sesi temuduga dengan panel...Hari tu aku kena masuk 5 orang sekali..Yela ramai yang datang nak interview..kalau buat sorang-sorang alamatnya sampai esok pun tak habis lagi...Ada discussion dalam group dan ada individual...So, be prepared with the strategic answer and don't be gabra ok!

Itu jelah yang dapat aku kongsikan...Entahlah berjaya ke tak pun aku utk masuk ke SL1M nih....Tunggu jelah keputusannya...huhu

Oh..sebelum aku lupa... tengok gambar kat bawah ni...

Ni salah satu scene dalam Titanic..Nak tahu lebih lanjut? Klik SINI...

7 Syaaban 1433H

Yahoo..Saya Dapat Doodle!




Hari tuh aku ada join segmen yang dibuat oleh Madam Nieyxzha....

Sebabnya aku nak dapat doodle yang dibuat oleh dia..Comel ok doodle yang dia buat..I like!!lagi satu aku ni tak reti-reti lagi nak buat doodle...Asyik failed je..Memang tak seni kot tangan aku nak buat doodle nih....So, aku join segmen..Lagi senang..hihi

Ha..kan aku dah cakap doodle dia comel siootttt...Dahla doodle Islamic..

Kepada Madam Nieyxzha teruskan usaha anda ye...Manalah tahu leh buat income..hihi..Chill ^___^

Oh ye...Nak tahu siapa yang dapat RM20,000 dalam Cornetto Uda & Dara?

Korang klik SINI ye...^^,

7 Syaaban 1433H

Sunday 24 June 2012

Akhirnya Selesai Jua....

Alhamdulillah...akhirnya berakhir debaran aku menghadapi interview nih...walaupun tak sehebat mana..tapi at least aku berusaha..tidak pasrah dan menyerah di awal dan tengah jalan..tetap tabah menuju ke akhir garisan...

Sekarang rasa lebih semangat utntu mencari pekerjaan lain..mana-mana company yang sudi terima aku sebagai staf...mintak-mintak adalah rezeki aku..Amin....

Terima kasih TH kerana bagi saya peluang...

--

30 Rejab 1433H

Wednesday 20 June 2012

Aku Kusut....

Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk membuat keputusan berdasarkan petunjukMu...
Mudahkanlah segala urusan aku....
Tenangkanlah hatiku dan jiwaku untuk menghadapi dugaanMu..

Aku keliru dan kusut!


30 Rejab 1433H

Interview TH



Tadi aku dapat panggilan dari TH Centre mengatakan aku kena pergi interview hari Ahad ni...
Lokasi : Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak..
Masa : 8.00pagi sehingga 3.30 petang...

Alhamdulillah....walaupun untuk peringkat interview..ada juga diberi peluang...Cuma aku musykil macam mana aku nak pergi ni....En.Hubby kerja..Kesian pulak kalau suruh mintak cuti...

Takpelah..akan aku usahakan dulu...ada rezeki akan aku sampai ke interview itu...Andai tidak ada...Mungkin rezeki yang lain menunggu...Insya Allah....


Tuesday 19 June 2012

Duduk sehari je dengan aku...




Cak!Hihi...Kasi gempak sikit awal entry nih...

Comel tak kucing tuh..dengan mata biru...bulu kelabu yang kembang..ekor panjang...ada 'stokin' di kaki...Pergh..memang pakej lengkap dengan apa yang aku idamkan bila aku nak bela kucing....

En.Hubby ada bawak balik...member dia bagi..tapi duduk sehari je dengan aku..sebabnya En.Hubbyla tak berapa berkenan..huhu...Then esoknya bagi balik dekat member dia...

Takpela...mungkin ada kucing lain yang menjadi pengganti?

29 Rejab 1433H

Akhirnya dapat jugak aku buat booties untuk newborn!




Alhamdulillah...Praise to Allah that still gave me a chance to breathe on this earth and over every living grace and blessings from Him.
 
Dah lama tak update blog..actually I'm quit buzy with my new project yang tak seberapa..huhu...Yeah...I'm crocheting whole day and week!
 
Last week..I'm crocheting a pair of booties for newborn baby!I'm so excited and thrilled when I got the pattern from the Internet...huhu..Mula-mula agak susah juga nak memahami dan membaca istilah crochet..tapi..bolehla sikit-sikit atas usaha...
 
Wanna to see handmade of the booties?And scroll it down!!
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
 
 
Haa...comel tak? Dengan warna pink yg 'garang' itu..hihi...Akhirnya hajatku kesampaian untuk membuat booties ni...Sajalah untuk mengisi masa lapang aku...Al-Maklumlah..job tak dapat2 lagi....Booties ni sesuai untuk bayi yang baru lahir sampai umur 3 bulan...

Hrrmmm..tetiba aku terpikir...If aku buat bisnes crochet ni..ok tak? Apa pendapat korang? Help me please..need your suggestion and opinion..TQ!

29 Rejab 1433H

Thursday 14 June 2012

Bakul Kertasku...




Oleh kerana aku kekeringan dan kekontangan idea untuk update blog...Aku biarkan blog ni tanpa penulisan dan luahan baru..huhu...Aku biarkan dulu blog ni penuh dengan semak-samun..

Dan hari ini aku kembali...Tebas dulu semak-samun...Kemudian aku update the story!Hehe...dua tiga hari lepas aku sempat membuat satu benda yang aku sangat teruja...Walaupun orang lain dah tahu buat benda ni..Tapi pada aku bila kita dah 'syok' buat...Mulala excitedkan?Eh..aku je kot rasa macam tu..hihi...

Well...aku belajar buat benda ni ha...


Bakul dari kertas...Aku guna kertas A4..Katalog Teesco, Econsave, The Store..Semua aku rembat..haha..Yela aku bosan duduk kat rumah ni...Tanpa membuat apa2..Mengemas rumah..itu memang dah rutin harian...Aku kekadang nak jugak membuat satu benda yang luar dari rutin harian aku..hik3...Tengok bakul tuh..ada kecil, ada besar..

Pandangan dari sudut tepi...

Pandangan dari sudut atas....

Psstt..Korang bolehlah letak brooch, pin, potpuri ke dalam bakul nih...Untuk kenduri kahwin...rasa2nya boleh je nak letak telur ataupun candy..Nak bagi cantik..Kasi syelekla sikit...Baru ada umphh dan keras sikit bakul nih...hik3...

Nak belajar buat? Ala senang je tau..5 minit dah siap..Tak sampai 5 minit kot bagi yang dah terror...Ni link dia..http://www.origami-resource-center.com/

Cubalah!

24 Rejab 1433H

Kenali Musyrakah Pula...




Hari tu aku ada berikan sedikit definisi Al-Mudharabah....Jadi hari ini kita teruskan pula dengan kontrak Musyarakah...

Apa itu MUSYARAKAH?
  • Musyarakah adalah kontrak perkongsian antara 2 pihak atau lebih yang sama2 berkongsi usaha melalui harta atau keusahawanan.
  • Mereka sama2 berkongsi keuntungan dan kerugian mengikut apa yang telah dipersetujui.
Musyarakah terbahagi kepada dua:
 
1. Shirkah Al-Milk
  • Perkongsian hak milik ke atas harta tersebut tanpa melibatkan sebarang usahasama untuk memajukan harta itu.
  • Pemilikan oleh dua pihak atau lebih ke atas sesuatu benda tanpa menggunakan kontrak syarikah. 
 2. Shirkah Al-Uqud
  • Kontrak yang berlaku antara dua pihak atau lebih untuk membuat perkongsian modal atau harta bagi mengadakan sesuatu perniagaan dengan sama2 berkongsi hasil daripada perniagaan itu.
  •  Terbahagi pula kepada empat jenis:
  • Al-Inan --> Perkongsian pelaburan yang terhad
  • Al-Mufawadah --> Perkongsian pelaburan yang tidak terhad di mana perkongsian yang seimbang.
  • Al-Abdan --> Perkongsian dalam kemahiran, pengurusan tanpa melibatkan modal.
  • Al-Wujuh --> Perkongsian kredit (perkongsiannya adalah reputasi dengan setiap ahli kongsi tak menyediakan apa2 kecuali reputasi yang baik).

 24 Rejab 1433H

Sunday 10 June 2012

Berdamping dengan tuala!




Mataku berair....
Bibirku merah bak delima.....
Hidungku juga merah bak bunga raya....
Wajahku kusam dan pucat macam tak cukup darah....
Semuanya disebabkan selsema!
Huhu...sabar jelah dengan kehadiran selsema ni...
Memang tak selesa...Setiap masa aku kena berdamping dan berkepit dengan tuala...
 
 
20 Rejab 1433H

Wednesday 6 June 2012

Pagi2 Dah Depan TV Sebab Phineas & Ferb!




Disebabkan siri kartun Phineas dan Ferb ni la...Pagi2 aku dah tercongok depan TV...Walaupun dah kahwin..jiwa aku masih keanak-anakan..hihi...Best oo layan kartun ni...
 
Yang best bila part Phineas dan Ferb nih mereka cipta projek-projek yang grand..baru tahap 'budak' tapi diorang dah pandai mencipta bermacam-macam benda..haha
Ha inilah dia Phineas dan Ferb! Nampak macam geniuskan?


Perry the Platipus pulak berlakon sebagai Agen P..agen rahsia untuk OWCA (Organization Without a Cool Acronym). Perry ni ditugaskan untuk memantau dan mencegah segala kejahatan yang dirancang dan dilakukan oleh seorang saintis yang bernama Dr. Heinz Doofenshmirtz atau Doof...

Ini Dr.Doof

Inilah Perry the Platipus!

Bila Phineas dan Ferb buat projek besar-besaran..kakak diorang, Candace, mula terasa sakit hati..Pastu mulalah nak report kat mak ayah dia..haish..Tak kasi can langsungkan si candace ni..hik2...Tapi Candace ada pakwe tau..Jeremy namanya...


Emm..oklah..nak siap barang untuk masak makan malam....Tengoklah kartun ni tau..Hari Selasa 9.30 pg..Hari Rabu dan Khamis pukul 8.30pg..TV2!

15 Rejab 1433H

Segmen saya nak Doodle FREE dari Nieza!





Sebab-sebab suka doodle Nieza:
  • Comel
  • Kreatif
  • Colourful
  • Islamic doodle
  • Teliti
  • Wajah doodle tu ceria je...hihi
  • Lastly, aku tak pandai buat doodle..huhuhu...
Sape2 yang nak join segmen ni..jom kita terjah! 
Doodle FREE dari Nieza!

15 Rejab 1433H

Apa Itu Al-Mudharabah?




Semalam aku ada memberikan maksud Muamalat secara ringkas....Hari ini aku nak share dengan readers konsep Mudharabah...pernah dengar tak apa itu Mudharabah?Selalunya berkaitan dengan bank..betul tak?Tapi faham ke makna Mudharabah tu?

DEFINISI MUDHARABAH:
  • Pihak yg ada modal @ wang akan menyerahkan wang tersebut kepada orang lain untuk menjalankan sesuatu perniagaan.
  • Pihak yang mengeluarkan wang tersebut tak akan mencampuri urusan perniagaan dan pada jangka masa akhir pengusaha akan pulangkan semula wang @ modal yg diberu bersama dengan keuntungan.

PIHAK YG TERLIBAT:
Ada 2 pihak yg terlibat dalam Mudharabah...
  1. Pelabur (Rabb Al-Mal) : yg memberi modal
  2. Pengusaha (Mudarib) : menerima modal dan mengusahakan perniagaan.

NISBAH KEUNTUNGAN:
Keuntungan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak pada awal kontrak.


KERUGIAN:
  • Ditanggung oleh pelabur jika kerugian di luar kawalan pengusaha.
  • Pengusaha hanya rugi masa dan tenaga.

JENIS-JENIS MUDHARABAH:
  1. Mudharabah Mutlak @ Mutlaqah
  • Pelabur serahkan modal kepada pengusaha tanpa mengenakan apa-apa sekatan atau syarat. Maksudnya dalam kontrak tak menyatakan tempoh, tempat perniagaan, jenis-jenis perniagaan, industri atau perkhidmatan, pembekal atau pelanggan.
 
2.  Mudharabah Muqayyadah
  • Perjanjian Mudharabah dengan bersyarat. Pengusaha mesti patuh kepada syarat2 yg ditetapkan. Contohnya akaun simpanan.
 
Harap-harap fahamlah dengan penjelasan yang diberi. Jika ada kesalahan maklumkan ye....
SHARING IS LOVING..^___^
 
Kdt kat Islamicbankway.com
 
15 Rejab 1433H

Tuesday 5 June 2012

Buffered EarningsKu Yang Kedua....




Alhamdulillah....Masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak advertiser untuk memilih blog aku...hehe....Bila aku cek akaun Nuffnang aku..Ada penambahan dalam BE aku....


Friso 1001 Ideas For 2...Ha yg itulah BE aku yang kedua....RHB masih dalam proses BE..belum sampai ke total yang penghabisan...maknanya belum naik pangkat jadi Metered Earnings...Lama lama lagi bagus..naik sikit value nye..Ye tak?

Mekasih ye Nuffnang...!

14 Rejab 1433H

Ketahui Apa Itu Muamalat....




Definisi Muamalat:
Perhubungan sesama manusia untuk mendapatkan keperluan masing-masing dengan cara yang baik sesuai dengan ajaran dan tuntutan agama serta landasan syarak.

Hukum Muamalat:
  • Undang-undang kekeluargaan
  • Pengurusan Harta
  • Pemerintahan
  • Jenayah
Kepentingan Muamalat:
  • Manusia hidup bekerjasama
  • Perpaduan umat dan keamanan
  • Menghindari penipuan, kezaliman dan penindasan
  • Masyarakat berdikari, berlumba-lumba, tekun dan sabar dalam mencari rezeki yang halal
  • Komuniti berlumba-lumba mencari keredhaan Allah S.W.T
 14 Rejab 1433H

Mari Belajar Penanda Buku Bentuk Hati...




Bagi yang gemar membaca buku tuh...Aku ada cara nak buat penanda buku berbentuk hati a.k.a Love....Kaum Hawa suka sgt2la bentuk love ni kan..hik3...

Okey...aku tak nak membebel panjang....Jom tengok macam mana cara nak buat....


Ha...senang je tau...Aku dah try..Tak sampai 5 minit dah siap!Fuh...cekap..hihi..Apa tak percaya?Ha..tengok nih....



Selamat mencuba!! ^___^

 14 Rejab 1433H

Monday 4 June 2012

Selamat Pengantin Baru...





Untuk Puan SHA AWIFA dan Suami....
K.Sha dan En.Hubby mengucapkan Selamat Pengantin Baru.dan semoga mendapat berkat Allah daripada langit ke atas kamu berdua...

Hari tu tak sempat nak snap gambar pengantin..hihi....
Tak mau kacau daun pengantin nih....

13 Rejab 1433H

Aku pun bercuti jugak...




Fuh...seminggu aku tak update blog...Baru hari ni berkesempatan lepas menghabiskan 'percutian' aku..hik3...

Bukan budak2 je cuti tau..Aku pun amik cuti jugak (padahal tak kerja pun..hihi)..Kebetulan En.Hubby cuti seminggu sebab bos dia kahwin..so grab the oppurtunity utk menghabiskan percutian....

Of cozla percutian aku di Ipoh..balik ke rumah mak abah aku...Berada di sampin orang tua kesayangan..Meluangkan masa dengan diorang..Sebab aku duduk jauh..huhu...Mak mentua dekat je dengan umah..5 minit jalan kaki dah sampai...

Masa kat Ipoh aku buang masa pergi shopping dengan mak dekat Mydin baru Bandar Meru Raya...Memang besar Mydin tu..Sampai lenguh kaki berjalan...Itu pun tak habis lagi aku jelajah semua department...Ramai orang..Maklumlah excited dengan 'supermarket' baru...Harga pun murah....Ikan2 semua fresh...

So, hasil shopping aku dengan mak...Inilah hasilnya....



Stik bakar..Bukan stik kambing or lembu....hihi


Sotong bakar pun ada....


Ikan mambung pun ada..Semuanya beli kat Mydin..Murah tau..Segar pulak tu....

Malam tu kami makan dengan penuh berselera..hik3..Maklumla semua ada..Cuma seorang je adik aku kat Indonesia....Nanti nak buat lagilah menu nih..

13 Rejab 1433H

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...