Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Wednesday 6 June 2012

Apa Itu Al-Mudharabah?




Semalam aku ada memberikan maksud Muamalat secara ringkas....Hari ini aku nak share dengan readers konsep Mudharabah...pernah dengar tak apa itu Mudharabah?Selalunya berkaitan dengan bank..betul tak?Tapi faham ke makna Mudharabah tu?

DEFINISI MUDHARABAH:
  • Pihak yg ada modal @ wang akan menyerahkan wang tersebut kepada orang lain untuk menjalankan sesuatu perniagaan.
  • Pihak yang mengeluarkan wang tersebut tak akan mencampuri urusan perniagaan dan pada jangka masa akhir pengusaha akan pulangkan semula wang @ modal yg diberu bersama dengan keuntungan.

PIHAK YG TERLIBAT:
Ada 2 pihak yg terlibat dalam Mudharabah...
  1. Pelabur (Rabb Al-Mal) : yg memberi modal
  2. Pengusaha (Mudarib) : menerima modal dan mengusahakan perniagaan.

NISBAH KEUNTUNGAN:
Keuntungan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak pada awal kontrak.


KERUGIAN:
  • Ditanggung oleh pelabur jika kerugian di luar kawalan pengusaha.
  • Pengusaha hanya rugi masa dan tenaga.

JENIS-JENIS MUDHARABAH:
  1. Mudharabah Mutlak @ Mutlaqah
  • Pelabur serahkan modal kepada pengusaha tanpa mengenakan apa-apa sekatan atau syarat. Maksudnya dalam kontrak tak menyatakan tempoh, tempat perniagaan, jenis-jenis perniagaan, industri atau perkhidmatan, pembekal atau pelanggan.
 
2.  Mudharabah Muqayyadah
  • Perjanjian Mudharabah dengan bersyarat. Pengusaha mesti patuh kepada syarat2 yg ditetapkan. Contohnya akaun simpanan.
 
Harap-harap fahamlah dengan penjelasan yang diberi. Jika ada kesalahan maklumkan ye....
SHARING IS LOVING..^___^
 
Kdt kat Islamicbankway.com
 
15 Rejab 1433H

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...