Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Saturday 29 March 2014

Kopiah Kait

Kopiah kait kali ni dibuat untuk anak bos En.hubby. Dah dioffer buatkan aje.hehe.

Mula-mula kait kopiah siap ada nama. Tapi bila tenung-tenung balik macam tak cantik je. Lagipun benang warna putih tu nampak tenggelam.

So ambik keputusan bukak balik. Kait lain jadi warna hijau semua. Barulah naik seri dan nampak jelas corak belah atas kopiah.

Lepas ni cabar diri untuk kait kopiah ada nama. Ambik masa la nak bagi mahir.

Sent from Samsung Mobile©

Tuesday 25 March 2014

Handset Pouch

Yang ni projek suka-suka. Tangan tak reti duduk diam. Ada je benda nak mengait.

Pouch bag utk handset. Gambar tu dari sudut tepi dan atas. Ada letak button utk bahagian penutup. Takdela senang handset tu nak terkeluar.hehe.

Ok macam biasa siapa yang berminat let me know through my email riesa8586@gmail.com.

Sent from Samsung Mobile©

Sarung Botol

Sarung Botol request dari anak saudara. Beria2 dia nak guna untuk pergi ke sekolah.

Warna benang hijau+putih. Siapa2 yang berminat boleh order. Boleh request warna apa yang dikehendaki.

Harga RM15.00 termasuk pos. Murah je. Jom ramai2 bergaya dengan sarung botol ni samada pergi sekolah atau pejabat atau makan angin.^^,

Bagi yang berminat nak order boleh email ke riesa8586@gmail.com.

Sent from Samsung Mobile©

MH370..Di manakah kau?

Sekiranya benar berakhir di tengah Lautan Hindi, kenapa masih tidak dijumpai pesawat ini?

Ya hanya Allah Maha Mengetahui segalanya. Mengapa, siapa, bagaimana, apa dan bila..Persoalan yang hanya Allah boleh menjawabnya.

Tapi jika benar ada kaitan dengan perancangan jahat manusia, semoga manusia itu mendapat balasannya.

Sent from Samsung Mobile©

Tuesday 11 March 2014

Allah Tempat Ku Mengadu

Hati meronta ingin meluahkan segalanya di sini. Tapi terlalu banyak sensitiviti dan hati yang perlu dijaga. Menjaga silaturrahim agar tidak berlaku sebarang kekeruhan. Biarlah hanya pada Allah aku mengadu domba. Dia Mengetahui segalanya.

Hanya Allah sahaja yang tahu sebabnya. Mereka hanya pandai berkata-kata tapi bukan mereka yang mengalaminya. Kadang2 hati rasa terguris dengan ayat-ayat yang tak sepatutnya didengar. Tapi apakan daya. Mulut terkunci dan berpura-pura seolah tiada apa yang terasa di hati. Sekali lagi pada Allah aku mencari kekuatan.

Allah, Allah, Allah...

Sent from Samsung Mobile©

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...