Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Friday 26 October 2012

For Her:Miss Dahlia & Family

I'm not very sure if she read my blog or not at this moment...

Tapi untuk Miss Dahlia,saya doakan moga cepat sembuh,tabah,kuat dan sabar dalam menghadapi ujian ni.Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT...Amiiinnn...

For her family, be strong ok!Ish...kalau sihat dah lama ajak en.abang p sana..huhu..

Maaf yer tak berkesempatan lagi....

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Kan Aku Dah Kata

Sah!Confirm!Aku beraya kat dalam hospital..hahaha...Nasib akulah...

Dengar takbir raya pun melalui radio dalam handphone aku yang "canggih" ni...Sedih..Teringat mak abah buat lemang apollo kat rumah,Rendang ayam..Perggghh...

Hari ni pulak mak abah nak buat nasi daging untuk santapan tetamu ceramah malam ni..Mak,simpan utk sayer tau sikit..Jangan lupa..hihi

Pagi-pagi dah wish kat patient yg dalam satu wad dgn aku..kui3..Memasing tergelak..Sama2 sambut raya dalam wad...

Itupun aku bersyukur kerana Allah masih lagi beri nikmat pada aku untuk hidup pagi ni...Menikmati segala ciptaan Allah SWT.

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Thursday 25 October 2012

Raya Kat Hospital

Orang len dah balik kampung...Aku still kat hospital..huhu

Masuk wad 2 hari lepas sebab hyperm..Bila boleh discharge aku pn tak tahulah...

Anyway..aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA utk semua umat Islam...

Doakan aku cepat sembuh ye...

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Saturday 20 October 2012

Bekas Duit Syiling

Semalam duduk kat rumah aku tak ada apa nak buat.Kemas rumah dah,basuh kain dah dan lain2.

So aku pun merekala nak buat bekas duit syiling.Saja suka2.Macam tulah hasilnya seperti gambar kat atas tu.

Ahaks..Benang warna pink.Jenama apa ntah aku tak ingat sebab lama dah beli benang tu.

Emm..nak buat tempat simpan namecard ke ic ke lesen ke pun boleh.hihi..2 dalam satu...Syiling boleh kad pun boleh simpan.

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Thursday 18 October 2012

Sambal Petai

Murah rezeki betul hari ni.Alhamdulillah..Tadi kak ipar hantar sambal petai.Mmg feberet aku dan en.hubby.haha

Tq ye Kak Julia dan Abg Die bg sambal petai.Terbaaaeeeeekkkk!!!!!

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Sampel Projek Seterusnya

Oleh kerana aku kehabisan stok benang kt rumah,aku jadi tak tahu nak buat apa.

Plan nak buat alas mesin basuh pulak.Tapi disebabkan ketiadaan benang,aku melengunglah dulu.haha

Selongkar jap kotak stok benang,rupanya tinggal benang halus.Polly Minlon.So aku pun mulakan langkah dengan buat sampel pattern yang aku nak.

Jadilah seperti gambar di atas.Nak try buat pattern ni ok ke tak.Macam biasa aku ikut pattern dlm buku tapi pattern ni sebenarnya utk doily.

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Jemput Makan

Tempe Goreng!Seronok bangat dalam hati..haha..Walaupun takdela sesedap KFC,MCD,NASI AYAM tapi aku suka...

Tempe ni elok utk otak dan kesihatan.Kan diperbuat daripada kacang soya...

Wallaaaahhh...jemput makan...Tak sabar dh ni..Makan panas2 pulak tu...perggghhh...

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Hadiah Tempe

Hik3...Macam kelakar..dapat hadiah tempe...Dahla memang teringin tempe..haha

Kak Ina jiran sebelah rumah tetiba panggil aku.Katanya nak bagi benda.Aku ingatkan apa.Rupa2nya tempe..waaalllaaahhh....

Terima kasih ye jiran sebelah.Prihatin sungguh.hihi...

Ahaks..Kebetulan today is my birthday...Sweet 2....th..ahaks..Secret plak umur i...

Aku berharap dikurniakan kesihatan yg baik...Kasih sayang yg melimpah ruah dan rezeki yang tak putus2.

Terima kasih pada EMAK yang melahirkan aku pada tarikh ini..Jasamu akanku kenang sampai bila2...

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Wednesday 17 October 2012

Tinggal Rambu Rambanya Sahaja

Almost done!Alas TV yg dh dekat 2 bulan aku kait hampir siap..hoyeaaaahhh...

Cuma tinggal rambu-rambanya je lagi sebagai hiasan.Ha yg tu failed tu..xreti nak buat lagi.

Takpe2..Aku akan cuba buat jugak sampai boleh...Selagi tak cuba selagi itu tak tahukan?hihi

Well,corak alas TV aku ni adalah corak nanas.Actually kalau ikut pattern asal utk lapik doily.Tapi aku ubah buat bentuk shawl sesuai utk lapik TV.Kira derhaka sikitla kat pattern asal.haha

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Ku Ingat Dua Rupanya Tiga

Tahun depan jika dipanjangkan umur Tok aku tu...Dia akan dapat 3 cicit..

Wah2 memang rezeki dia..haha..Mula2 aku ingat 2 je cicit..Then cousin aku bgtau ada sorang lagi.Fuh meriah ni....

Nampak gaya Tok kena bagi duit raya kat cicit pulakla tahun depan.Cucu2 semua dah besar dan dah kahwin termasuklah aku..hihi

Setakat ni Tok dah ada 9 cicit (klu tak silap). Yelah umur dia pun dah 81tahun (if not mistake).Masih sihat masih kuat masih mampu untuk mencangkul.haha.Itulah namanya rezeki umur.

Arwah Tok Wan dah lama pergi meninggalkan kami.Tak sempat tengok cucu2 dia mendirikan rumahtangga.

Al-Fatihah utk arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman....

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Tuesday 16 October 2012

Amboi-amboi...

Amboi...sedap betul ko landing atas sejadah aku ye...

Mentang-mentanglah hujan lebat kat sini...Cari port sedapla nak landing...Sabor jelah...

Baru hari ni dia balik rumah.Dah 2 minggu dia menghilangkan diri...Pergi mana ko Meer?Mengorat ke?

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Ku Teringin

Haish..sejak2 sihat ni...Macam2 terasa nak makan...

Sekarang ni teringin nak makan tempe goreng...Nak ratah macam tu je..Ala2 macam makan keropok lekor tu..hihi

Bilalah boleh dapat makan tempe goreng ni...Dah terliur rasanya macam tengok buah mempelam muda..hihi

Owh,hari ni ada pasar malam..Nak ajak en.hubby pergilah kalau keadaan mengizinkan...

*Abang..jom p pasar malam...^__^

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Perasaan Aku Masa Scan

Firstly aku nak tanya org2 yg dh ada pengalaman..Apa korang rasa masa nak scan tu?Teruja?Happy?Nervous?Or anything else?

Aku masa nak scan tuh..Menggigil2..Haha..Macam lepas mandi air hujan!Takutlah tu maknanya...

Takut sebab if anything happens to my baby in tummy..Takut kalau2 tak boleh terima hakikat and macam2la pikir masa tu...

Tapi dalam masa yang sama..Aku teruja sebab tak sabar nak tengok mcam mana rupanya dlm tummy...First experience lah katakan..

And then bila semuanya dah nampak elok dan ok..Baru aku happy!Alhamdulillah...Tak terhitung nikmat yang Kau berikan...

Aku pelik jgk sebab ada sesetengah kata kt hospital kerajaan takde scan tu.Kalau nak scan kena pergi private.Tapi aku scan kt hspital kerajaan je.Agaknya kat sesetengah hospital takde kot scan tu.

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Rindu Mak

Actually baru je balik dari umah mak..Then terus masuk wad..

Dan hari ni aku terasa rindu kt mak aku...Haish nak balik raya haji terasa lambat lagi..huhu

Biasalah akukan anak mak..haha..Cepat tersentuh hati bila apa2 berkait dgn mak or abah...

Kadang2 tu even masa call leh meleleh air mata especially kalau mengadu apa2.haha..Dah kahwin tapi still tak berubah...

Tapi tak bermakna aku ketepikan mak ayah mentua aku....

*Tengok gambar mak makan McD tetiba jadi teringin...alahai....

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Scan

Satu gambar tu masa scan di HSAH,SP.Masa dalam wad hari tu doktor pakar scan nak tengok keadaan mcm mana.

Satu lagi gambar scan dekat Klinik I&A pagi tadi.

Alhamdulillah selamat semuanya...

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

PASTI!

Ini je gambar yang ada dlm hp aku sebagai kenangan aku di PASTI....

Gambar ni aku snap masa rehat.Budak-budak tengah makan.Sambil makan pun boleh lagi kacau orang lain..haishh...

Kadang-kadang tu siap mintak tolong cikgu suruh bukakkan penutup botol air diorang.Ketat!haha..Aku biasalah layankan aje...

Tapi 2 minggu je aku sempat berkhidmat.Keadaan tak mengizinkan.Nak buat macam mana.Redha dan pasrah aje..huhu

Hari ni diorang exam.Selamat menjawab periksa ye adik2.Jawab betul2.

*Tak boleh bayang diorang tengah jawab exam.Mesti chomellll...hik3

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Selamat Hari Bos

Serius, aku baru tau ada hari bos sekarang ni...haha..Ketinggalan zaman sungguh...

Hari ni bersamaan 16/10/2012 adalah hari bos okeyyy....Maknanya semua bos2 kat dunia ni rasa dihargaila ek sebab ada hari bos...

Oh bos,jangan sesuka hati ye nak buat macam2 pada hari bos ni...Tapi kalau bagi naik gaji,ok jgkkan?hihi

Well,utk bos2 di luar sana,Selamat Hari Bos diucapkan.

Agaknya bilalah aku nak jadi bos ni??hrrrrmmmmm....

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Kenangan Aku Di......

Ini adalah kenangan aku berada di wad HSAH,SP.

Nak buat macam mana..Janji aku mencari alternatif utk sihat.Sihat ni pun dgn izin Allah SWT.Syukur padaMu Ya Allah.

Harap2 aku terus sihat sampai saat melahirkan zuriat ku ni...Ameeeennnn.....

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Projek Yang Masih Tak Siap

Lama dah aku berhajat nak buat alas TV kat umah aku ni..Tapi tak siap2 lagi..Masih dalam proses..

Almaklumlah bila rajin baru aku buat..Kadang2 tu yang tak siap lagi ni aku dah start buat projek lain..haish..Pastu mulalah tertangguh yang lama...

Sekarang badan pun rasa dh sihat sikit..Dah pekena nasi lemak..Aku nak sambung mengait..hihi...Klu malas jugak aku pun tak taula...

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Macam-macam Terjadi

Dah lama rasanya aku tak update blog..
Menguruskan diri yang tak berapa sihat ni..Amat mencabar utk aku...

Hari Ahad lepas aku baru keluar wad..Alahan teruk sampai kekurangan
air dalam badan...

Minggu depan repeat balik jumpa doktor..Takpela utk kebaikan aku dan baby..hihi

Alhamdulillah en.hubby pun faham dgn situasi aku.Dialah uruskan semua
hal2 rumah.Kesian dekat dia tapi nak buat mcm mana aku mmg tak larat.

Hrmmm...plan nak pergi bercuti...Tapi dekat mana ye?Any
suggestion?Kalau ikut plan lambat lagi tahun depan baru boleh pergi
oversea.Itupun bergantung pada kesihatan.haha

Oklah..nak pergi jumpa doktor..Take care u all....:-)):-))

Monday 1 October 2012

Aku Melepaskan Jawatan Itu





Akhirnya aku terpaksa melepaskan jawatan aku sebagai cikgu...huhu..Sebabnya?

Sebabnya alahan aku agak teruk..Hari-hari sebelum pergi PASTI mesti mengadu dekat En.Hubby..Tak larat..Muntah-muntah dan sewaktu dengannya...

Dengan budak-budak yang teramat nakal..Akhirnya cikgu Khairunnisak advice kat aku suruh berehat..And then aku pun setuju setelah berbincang dengan En.Hubby...

Bukan apa..Dia kata pentingkan kandungan dulu..Lagipun budak-budak nak periksa bulan ni..Betul tuh..Dengan keadaan aku yang tak berapa nak larat..Kesian kat diorang kalau cikgu asyik takde je..
 
Takpelah..mungkin rezeki aku ada untuk lain kali..Insya Allah..

Sekarang aku dekat rumah emak aku..Berehat-rehat di sini..Ambik angin Ipoh...So far Alhamdulillah takdelah teruk sangat keadaan aku...

Walauun badan di sini..Namun hati aku tetap merindui En.Hubby..Kesian dia kena tinggal sorang2..Nak buat macam manakan..En.Hubby susah nak dapat cuti...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...