Bila baca tajuk je korang mesti dah tahu maksud akukan?Ye..aku menangis dalam ketawa..Maksudnya aku dalam kesedihan di sebalik keceriaan yang aku tonjolkan...
Aku sedih..kerana ada "INSAN" itu tak habis-habis mengutarakan ayat-ayat yang sememangnya nyata dan jelas membuat hatiku sakit....Aku sedih...kerana "INSAN" itu tak tahu menilai maksud sebenar perkataan "SENANG"...Aku sedih..kerana "INSAN" itu tak habis-habis dengan sifat hasad dengkinya tapi dalam masa yang sama menjadi talam dua muka...Aku sedih...kerana "INSAN" itu menjadi batu api dalam hubungan keluarga....
Kenapa mesti hendak membandingkan kehidupan aku dengan kehidupan orang lain...Itu rezeki orang itu..Mungkin belum sampai masa aku lagi untuk jadi seperti orang itu...Setiap kali berjumpa "INSAN" ini..tak putus-putus dia berkata 'diorang hidup senang, gaji banyak, beribu-ribu'...Aku tahulah gaji suami aku tak sehebat orang itu.....Aku tahulah aku tak dapatjob lagi...Tapi tak perlu nak banding-bandingkan kami...Dan aku sikit pun tak pernah rasa cemburu dengan itu...Aku sedar itu nikmat yang Allah bagi..Dan tak semestinya nikmat Allah itu terhad pada 'gaji' saja...
Aku teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus.."Orang ada duit, bukan dipanggil orang senang..Tapi dipanggil ORANG BANYAK DUIT..Orang yang senang adalah orang yang mampu untuk beribadat kepada Allah pada bila-bila masa..Berzikir, bersedekah, berjihad semuanya kerana Allah.." Dan aku setuju dengan kata-kata itu....Sedikit sebanyak kata-kata ini menyejukkan hati aku....
Kalaulah "INSAN" itu sedar yang dia menyakitkan hati aku!!
Oh..sejukkan hati aku dengan Klik SINI ye...
Untuk tambahkan lagi kesejukan..klik link-link kat bawah ni ye...
10 Syabaan 1433H