Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Wednesday 3 July 2013

Puding Karamel

Oleh kerana teringin sangat makan puding karamel,aku google resepi. Nampak senang aje nak buat.

Bahan untuk karamel adalah 5 sudu besar gula dan 2 sudu besar air. Masukkan gula dan 1 sudu air dalam loyang,masak dengan api sederhana sehingga perang.Kemudian masukkan 1 sudu air lagi.

Untuk puding:
5 sudu besar gula
1 tin susu cair
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk. Pukul sampai kembang.

Masukkan susu dan esen vanilla dalam periuk.Panaskan susu dengan api sederhana sampai jadi suam2 kuku.

Kemudian masukkan susu dalam telur tadi sikit demi sikit sambil kacau.

Tuang adunan tadi atas karamel dalam loyang dan kukus selama 30minit.Pastikan periuk kukus dipanaskan terlebih dulu.

Dah masak sejukkan kemudian bubuh dalam peti sejuk.Siap...

First try buat tak berapa nak cantik. Takpelah, next time cuba lagi.hehe

eSent from Samsung Mobile©

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...