Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Monday 26 November 2012

Hari Mau Hujan

"Ani,angkat kain jemuran...Hujan dah turun..."

Aku mesti teringat ayat ni dalam cerita Pendekar Bujang Lapok setiap kali hujan.Berkesan sungguh filem dia.hihi...Well kat sini dah gelap petanda nak hujan.Sedap untuk tidur ni...

Sejak akhir-akhir ni kat sini hujan petang je.Kat tempat korang macam mana?Apa benda yang paling best yang akan korang buat bila hujan?haaaa...Cer jawab....

Mata aku pun macam tau-tau je hari nak hujan.Dan-dan layu je...haish..Apa pun solat zohor dulu...Kang terlajak solat sapa nak jawab...huhu

Alamak...Kain aku jemur..Tak angkat lagi...Aku chiowwww dulu...zasssss....

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Curi Masa

Adeh...penatnyelah...Curi masa jap update blog.hihi...Setelah membasuh baju,kemas dapur,beli ikan dan sayur,buat sarapan utk En.Hubby..Tersadai aku depan TV...

Rehat jap kasik refill tenaga...Tak boleh paksa oo nak buat kerja.Kang tak pasal2 pitam pulak.Sapa yang susah?En.Hubby jugak...hihihi

Sejak kahwin dengan En.Hubby,aku mula tahu makan kulat sawit.Sedap tau.Semalam rezeki mak mentua bagi kulat sawit rebus.Aku yang dah kenyang pun bedal je.Mana boleh tahan..haha

Hari tu aku buat masak kunyit.First time buat dan En.Hubby kata sedap.ngeh3~...Makan nasi berlaukkan kulat sawit pun dah cukup...Aku pulak memang jenis suka makan cendawan.Tak kiralah cendawan apa pun janji boleh telan...

Owh...nak sambung rehat.Jap lagi nak masak untuk lunch pulak...Nanti aku merepek lagi ye...kui3.Tata....

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Monday 19 November 2012

Doakan Palestin!


Bila tengok berita di TV mengenai serangan tentera Yahudi laknatullah ke atas Gaza, Palestin..Rasa sayu sangat di hati...Ramai yang terkorban termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa..Kadang-kadang tak sanggup rasanya melihat ratapan mereka dan kesedihan yang mereka rasai atas kehilangan orang tersayang...

Apa yang dicari tentera yahudi ni? Apa yang diorang buat sehingga sanggup menyerang Palestin? Betul-betul tidak berperikemanusiaan! Aku bertambah sedih kerana hanya mampu meilhat dari jauh..Hanya mampu berdoa dari jauh untuk kemenangan Islam di sana.

Terbaru Mc'Donalad berniat memberikan burger percuma pada waktu sarapan..Agak musykil...Adakah untuk merasuah rakyat kita atau mengambil hati kita kerana adanya usaha untuk memboikot Mc'D ni...Dan kita sebagai umat Islam, jangan cepat terpengaruh dalam mendapatkan benda 'free' kerana mungkin adanya maksud tersirat di sebalik pemberian itu...

Biarlah dikatakan sombong untuk mendapatkan 'burger telur' tuh..Jangan sampai tergadai maruah kita sebagai umat Islam..Bukannya hidup kita susah pun apabila tak dapat makan Mc'D ni..banyak lagi makanan lain atas bumi Allah yang kaya ni..Allah beri kita akal untuk kita menilai..Memilih yang mana baik dan meninggalkan yang mana buruk..

Tapi bukan setakat Mc'D je kawan-kawan..Banyak lagi barang-barang lain yang berkaitan dengan I5rael nih...Google aje..Cari benda yang berfaedah untuk kita baca...Ni tidak, mentaliti masyarakat kita sekarang banyak meng'Google benda-benda yang tak berfaedah...

Berdoalah untuk saudara kita di sana!Semoga mereka diberi kekuatan!Amiiiinnn....



Friday 16 November 2012

Travel Tissue Crochet

Hari ni dah masuk ke tahun baru hijrah...2 Muharram 1434H...Apa azam baru korang?Atau masih nak merealisasikan impian yang tak tercapai tahun lepas?

Apapun,aku doakan segala niat baik korang terlaksana.Ameeennn...Harapnya kita sama-sama istiqamah dlm melakukan perkara yg mendekatkan diri kita kepadaNya...

Actually,today I want to upload the picture of tissue crochet cozy.Ala yang selalu kita bawa tisu pergi mana2 dalam handbeg tu.Mendapat ilham lepas buat sarung kotak tisu,aku mencari pattern utk sarung tisu yg plastik tu.

Warna benang seperti yang korang lihat kat atas,pink dan kuning.Dasarnya aku buat warna kuning and top warna pink.Aku guna benang Polly Minlon.

Ok bagi yang berminat..Boleh pm kat email i.Boleh dibuat cenderahati tambah2 musim kenduri ni.hihi...

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Thursday 15 November 2012

Dah Lama Nak Makan Sup S.....

Sup S?Apa benda S tu?Sup sotongla kawan2..Dah lama teringin..Baru hari ni sempat buat.huhu

Senang sangat nak buat sup ni.Mula2 tumis bawang putih,bawang merah,halia.Dah agak kekuningan masukkan serbuk jintan (aku blend je jintan ni).Pastu masukkan air dan ubi kentang.

Bila ubi dah empuk,masukkan sotong putih,bawang besar,cabai burung.Bagi yg suka suhun,bolehlah bubuh suhun.Lagi sedap.Perasakan dengan garam dan gula sikit.

Last sekali bubuhlah daun bawang dengan daun sup.Dah siap...Senangkan..hihi

Eh...Jemput makan....

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Wednesday 14 November 2012

Keheningan Pagi

Alhamdulillah..Pagi2 yang sejuk ni masih lagi aku rasai nikmat yang diberikan oleh Allah...Masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara dan semoga diberi lagi peluang untuk aku perbaiki segala kelemahan dan kesilapan yang dilakukan...

Sekarang aku dah ada kt SP...huhu..Petang semalam sampai.Sedih dan berat hati jugak nak meninggalkan Ipoh..Takpe,pasni aku balik bawak anak...hihi..

Terasa letih badan2 tambah2 dah berbadan dua ni...Usia kandungan pun dah semakin meningkat.Sangat teruja tau tanya dekat mak macam2 tentang mengandung ni sampailah saat nak melahirkan.

Bila difikirkan saat bersalin,hati jadi tak keruan.Mintak2 saat itu dipermudahkan olehNya..Amiiiiinnn....Takut jugakkan..hihi

Bila tengok barang2 baby skrg ni,sangat teruja nak membeli.Tak sabar rasa nak ajak En.Hubby pergi shopping.Tapi belum masanya lagi.Aku rasa masih awal lagi nak beli barang2 untuk our little sweetheart.

Emm,oklah..Aku nak pergi market nak beli lauk utk masak tengahari..Ta ti tu.....!

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Sunday 11 November 2012

Kenduri Kendara

Hari ni aku pergi ke majlis perkahwinan satu di Manjoi dan satu di Manjung.Musim hujan ni xmenghalanglah aku satu keluarga pergi majlis tu.

Anyway sekarang aku ada dekat Manjung.On the way nak pergi ke Lumut.Fuh lama dah aku tak pergi Lumut so aku ambik kesempatan ajak mak abah pergi sekali.hihihi.Lagipun nak bawak En.Hubby.Dia tak pernah sampai lagi kat sini.

Buat masa sekarang tak hujan lagi.Harap2 tak turunlah hujan coz aku nak jalan2.kui3....

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Thursday 8 November 2012

Hujan Dan Tidur....

Owh...Hujan lebat di sini.Membuatkan mata aku semakin berat untuk dibuka.hihi..Hujan2 ni tido pun sedap.Tapi nak update blog dululah.

Cadangnya nak pergi ke Tanjung Dawai tapi nampaknya terpaksalah cancel plan tu.Hujan dohhh...Dengan jalan jam dekat depan IPD Kuala Muda tu.Malaslah aku.Kat situ pun dah berjam sangkut.Buang masa dalam kereta je.

Dan esok hari Jumaat.Yeaaa...Esok takde apa2 aral melintang kami nak balik Ipoh.Tak sabar rasanya nih.Hari tu raya tak boleh balik sebab duduk dalam wad.Ha ni dah rasa sihat,Alhamdulillah barulah lega sikit nak berjalan ke nak balik kampung ke.Eh rumah mak abah aku kat taman.hihi..Takde kampung lagilah.

Sebut pasal kampung nih,lama dah aku tak balik kampung jenguk sedara-mara aku dan Tok.Kampung Temin,lama dah aku tak menjejakkan kaki kat sana.Apa ceritalah ye?Kampung aku lagi satu,Selama..Apalah Tok aku tengah buat skrg nih?Mencangkul kot.hihi..Hujan ni Tok..Kang demam pulak.

Oklah..nak tito..hihi

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Tuesday 6 November 2012

Sudah Nampak...Teruja

Pagi tadi doktor scan lagi baby in my tummy.hihi..Sangat teruja ok..Masuk ni dah 4x scan nak tengok keadaan baby.

Part yang paling best bila doktor tunjuk kepala,tangan dan kaki.Tak puas tengok.Sangat2 gembira.hihi..Betapa besarnya kuasa Allah.

Balik cerita dekat En.Hubby..Dia pun teruja.hihi..Biasalahkan..Siapa yang tak gembira melihat perkembangan baby dalam perut.

Harap2 baby sihat sampailah saatku melahirkannya.Amiiinnn....

But,there is one thing that make me worried.However,doctor say not to hardly worry about that.She explain nicely to me and make me calm with the explanation.

Apa yang penting doa!

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Repeat Check Up

I'm now at Hospital Sultan Abdul Halim,SP.Have appointment with doctor of gynea.

Harap2 semuanya oklah.Tak mau dah masuk wad.Tapi so far takde dah simptom2 tu.

Awal aku datang..haha...No giliran pun dapat yg first.

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Monday 5 November 2012

Sarung Tisu Kait

Dah lama aku idam2kan untuk kait sarung tisu. Cari punya cari pattern dlm internet aku pun choose yang paling mudah dulu nak buat.

Sebab aku nak tahu basic macam mana nak buat sarung tisu nih.Then kalau ada rezeki aku ubahlah pattern tuh.

Gambar di atas adalah hasil cubaan pertama aku.Hasil tak berapa memberangsangkan sebab aku guna benang Polly Minlon halus.Ikut pattern asal guna benang biasa tu.Haha..Aku mmg suka derhaka pada pattern asal.

Warna benang ada dua kombinasi.Warna pink dan kuning.Pada aku agak bangkitla warna ni.hihi.Macam ceria gitu.

Nak order?Boleh...Pm la bg yg berminat.hihi

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Doktor Oh Doktor

Pagi tadi jumpa doktor kt KKIA. Pemeriksaan rutin setiap bulan bagi orang macam aku...hihi...Alhamdulillah so far semua ok including hb,tekanan darah,hiv test..Amik darah lagi nnt dalam minggu ke 28.

Esok pulak jumpa doktor sakit puan.Berdebar rasa sebab tak maula masuk wad dah.huhu.So far simptom untuk hyperm tu takde dah.Mintak2 tak jadi lagila dah.Amiiinnn...

Sabar jelah.Memang banyak dugaan tapi Allah takkan bagi dugaan yang seseorang tu tak mampu nak hadapi.Betul tak?hihi...

Semoga Allah bagi daku kesihatan dan kekuatan...amiiinnn...

--------------------------
Posted via Samsung Mobile©

Thursday 1 November 2012

Nuffnang Dengan Wajah Baru



Ok hari ni semangat untuk cek akaun Nuffnang aku..Agak2 ada berapa hinggitlah dalam Nuffnang..ahaha...

Tengok2 Nuffnang dah berwajah baru...Oh sangat unuk ok...Cek la berapa duit aku ada dalam Nuffnang..Takdelah banyak tapi adalah peningkatan..kui3...Tapi tak boleh cash out lagilah macam orang lain..Haish..Bilalah nak boleh cash out nih...

Untuk CPUV Campaigns still on going..Adala dalam 3 ads..hihi..


Ha nampak tu...Siapa2 yang sudi klik tu..Kliklah..Siapa2 yang belum daftar akaun Nuffnang..Klik kat sini ye...Nuffnang

Oh..Siapa yang mahu menang RM 15,000? Klik gambar bawah ye...


 


Dah Hampir Penghujung 2012


Baru hari ni ada mood nak update blog lepas discaj dari hospital..Discaj petang raya tuu..huhu...

Hari ni masuklah ke dalam bulan baru...Menghampiri penghujung 2012..Masih ada lagi impian dan hasrat aku yang belum tercapai...Takpelah..Akan aku usahakan pada tahun depan pulak..Insya Allah...

Sekarang nih..Aku berharap kesihatan aku berkekalan sampai saat aku melahirkan zuriat aku..Tak mau dah masuk hospital..huhu..Tak mau drip lagi..Hari tu kena drip sampai 12 botol kau..Sungguh kekeringan air badan aku nih..Pastu mulalah 10 minit sekali pergi tandas nak terkucil je...

Lepas ni ada tiga appointment dengan klinik sakit puan..terutamanya kena amik darah..hasih..Masuk nih dah banyak darah aku kena amik..Huaaa...Setitik darah jenuh aku nak cover dengan sepinggan nasi..haha...

Terima kasihlah buat En.Hubby yang sentiasa berada di samping saya memberi sokongan..Sabar dengan kerenah saya..Untuk anak kita jugakkan..^^,

Terima kasih jugak buat mak abah, mak dan ayah mentua sudi menjaga saya, buat air penawar dan macam2 lagi...Kesian jugak sebab terpaksa susahkan mereka..Bukan ku pinta..Tapi itulah tanpa mereka lagi lemahlah semangat aku..huhu

Sekarang ni semangat main Virtual Villagers..Walaupun dah main..Tapi aku ulang balik..hihi..Syokkk...

Kongsi cerita Nescafe korang di sini..Klik Gamabr ok ^^,



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...