Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Saturday 29 September 2012

Alhamdulillah

Rasa letih sungguh badan aku 2 minggu ni...Nak masak pun tak berapa nak lalu..huhu..Tapi memandangkan hari ni cuti, aku paksa jugak diri untuk masak buat En.Hubby..

Masak simple2 je..Ketam tiga rasa dan telur dadar..Ala, duduk berdua..Aku pulak makan je apa pun..Tolak batu dengan kayu..hahaha

Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah atas segala rezeki yang Kau berikan kepada kami suamisteri.Kuatkan imanku..kuatkanlah semangat hambamu ini Ya Allah untuk menjaga amanah Mu ini dengan baik..

Kadang-kadang aku hampir rebah..Kadang-kadang aku hampir menyerah..Tapi atas semangat yang diberikan oleh orang tersayang..Aku perlu juga untuk hadapi segalanya dengan tabah..

Sekarang aku merasa dan tahu pengorbanan seorang ibu untuk anak-anak mereka...Oh, betapa peritnya tapi itulah lumrah dan fitrah manusia....

Doakan semoga semuanya baik-baik saja..Ameennn..

Thursday 27 September 2012

Magic Circle


Sejak akhir-akhir ni aku asyik lupa macam mana nak buat magic circle...

Dan aku nak tempek gambar ni sebagai panduan aku..hihi


Bagi sesiapa yang baru nak belajar-belajar mengait tu..Ambiklah gambar ni sebagai panduan a.k.a tutorial macam mana nak buat magic ring..

Tuesday 25 September 2012

Aku Ponteng Bertugas Hari Ni..

Aku ponteng!! Tak mau pergi PASTI hari ni..Merajuk...huhu

Actually aku bukan saja-saja ponteng..Demamla..Tak larat rasanya nak menabur bakti dekat budak-budak tu hari ni...

Adakah demam terkejut?hahaha...

Mana tak terkejut 'badak' ko..hari-hari aku mengadap budak2 yang teramat nakal..Haish...Ini kes murid-murid dera cikgu..T__T

Ada yang menangis tak tentu pasal..Ada yang nak berkepit je dengan cikgu..Rimas aku..Tapi..macam tulah budak-budakkan..Kalau orang tua..Aku pun naik geli-geleman..hahahaha

Nasihat aku..Bagi yang berminat nak jadi cikgu ataupun menjadikan cikgu ini adalah pilihan terakhir..Fikirkanlah semasak2nya..Sebab cikgulah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak sehingga berjaya...

Cikgu juga yang membentuk peeribadi anak-anak secara tak langsung...

**Mau berehat sepuas-puasnya hari ni..^^,


Tuesday 18 September 2012

Akhirnya Siap Jugak....


Atas permintaan emak untuk buat doily utk dia..Aku stopkan aktiviti berblogging dan lain-lain...

Kebetulan pulak kesihatan aku yang kurang memberangsangkan selama seminggu, aku tangguhkan aktiviti mengait aku..Huhu..Nak buat macam manakan..Bagi badan sihat dulu baru otak pun cerdas.

Lepas je aku rasa badan aku dah sihat, aku sambung mengait doily utk mak. Dan Alhamdulillah..siap pun.....




Ha..inilah hasilnya..Berpandukan gambarajah yang dipinjam dari kawan emak, maka aku memulakan langkah aku untuk buat doily ni. First time buat..huhu..Kekemasan? Tunggang langgang..hahaha




Aku menggunakan benang halus jenama Minlon (Polly). Harga satu benang RM8.50..Tak cukup satu gulung benang.. Nasib baik aku ada beli benang lain untuk back up. Ukuran untuk doily ni lebih kurang 66cm. 

Actually emak mintak saiz 68cm...Tapi oklah tu kan..Taklah jauh besa sangat saiznye...



Ini dari sudut bunga tengah doily...Sekali tgk macam pineapplle (nanas) tapi aku rasa ni corak bunga matahri...haha..Hentam jelah..Janji ada corakkan...




Monday 17 September 2012

Bekas Telur Kait


Saja nak testing bagi tengok bekas telur ni...

Lama dah kait cuma baru berkesempatan upload hari ni gambar bekas telur..hihi...

Aku menggunakan benang Minlon..Sebab kat sini susah nak cari benang lain macam benang Nona ke..Ondori ke...Payah nak dapat..

My 1st Day As Mu'alimah

 
Alhamdulillah...dengan izinNya aku masih lagi bernafas untuk aku taburkan bakti kepada anak-anak Islam di sini...

Hari ini adalah hari pertama aku sebagai CIKGU...ala cikgu PASTI je pun...cikgu 'bidan terjun'...hahaha...
 
 

Cikgu yang sebelum ni berhenti sebab ikut suami dia pindah ke Kuala Pilah..Dengan kehendak Allah, aku dicari untuk menggantikan tempat cikgu tu...Untuk sementara je la sebab budak2 nak exam bulan depan...

Hari pertama..cukup menguji kesabaran aku..Suara aku yang lemah-gemalai bak suara merdu SALOMA tetiba jadi suara singa mengaum...hahaha...oppss...terkuat pulak...

Yela..kita mengajar kat depan..Diorang boleh buat bising kat belakang sambil sembang-sembang, main tutup botol...

Sekejap-sekejap mengajar..ada je anak murid datang dekat depan mengadu dekat cikgu..Cikgu, dia tak mau kawan dengan saya...Cikgu, dia buat saya..Cikgu, budak tu nangis..Cikgu, saya nak kencing....

Haish...sabar ajelah....Tapi itulah kerenah yang harus aku tempuh untuk mendidik diorang sehingga diorang berjaya..Walaupun aku takde pengalaman..Akan aku usahakan sehabis baik untuk diorang...

Bayangkanlah seorang cikgu kena berhadapan dan 'jaga' berpuluh murid dalam satu masa...Bukan senang sebenarnya....

Tapi zaman sekarang, bila anak mengadu sikit kat ibubapa..Ibubapa marah balik dekat cikgu2 sekolah...

Cuba tanya dan muhasabah balik diri kita adakah kita sebenarnya telah berjaya mendidik anak2 kita? Kita ada masa ke untuk anak2? Sibuk bekerja sehingga serah semuanya kepada cikgu...

Kini setelah menjadi cikgu...Aku tahu perit payahnya..^___________^



Tuesday 11 September 2012

Mungkinkah Ada Berita Gembira Nanti?

Hrmm...dah lama tak update blog..Demi menyiapkan doily untuk mak tersayang, ku lupakan sekejap blog aku nih..hahaha..Nasib kaulah...

Oh...benar..aku mengharapkan berita gembira itu..Tapi, belum sampai masanya nanti...Belum waktunya aku mengesahkan berita itu...

Cuma aku berdoa agar kami suami isteri dikurniakan rezeki sehingga anak-anak dan cucu-cucu kami..ameennn...

Hati..kadang2 sangat teruja menanti..Tapi, penantian itu adalah satu penyeksaan..Oh sabar...sabar...Belum waktunya..Belum masanya...huhu



Wednesday 5 September 2012

Selesai Sudah Pendaftaran Dengan KKM




Setelah berhempas-pulas mendaftar secara online dengan KKM (Kementerian Kewangan Malaysia) akhirnya diluluskan. Alhamdulillah..Tinggal nak print sijil je...

Setiap tiga tahun sekali kena buat permohonan pembaharuan pendaftaran. Aku cuma tolong abah aku je. Dokumen sokongan semua dia yang sediakan.hihi

At least aku ada jgk pengalaman deal dengan KKM dan e-Perolehan. Siapa lagi yang nak tolong parents kalau bukan anak-anak kan? Selagi aku mampu dan sihat, akan aku curahkan segala tenaga dan usaha untuk aku balas jasa parents aku yang membesarkan aku.

JANGAN KEDEKUT!

Itulah salah satu sebabnya aku mengintai peluang pekerjaan. Selain nak tolong ringankan En.Hubby aku, boleh jugak aku bantu parents aku walaupun sedikit.

Entahlah, masih takde rezeki lagi untuk aku agaknya. Takpe..akan aku usaha. 

Oklah..nak solat Asar. Jangan lupa untuk kita doakan kedua ibu bapa kita ye...(✿◠‿◠)

Oh..sakitnya masih terasa!!waaaaaa..........(╥_╥)

Tuesday 4 September 2012

Tetap Jawapan Sama Yang Diberi




Aku...baru je balik dari hospital..Konon-konon nak dating dengan doktor kt hospital tu..hihi

Sekali punya main lama menunggu..Dekat 3 jam aku menunggu dengan penuh kesabaran..Adoila..Dahla sakit..Tapi nak buat macam mana..Itu je pilihan yang aku ada...

Sebabnya aku dah pergi ke beberapa klinik..Semua doktor still tak boleh nak detect penyakit aku..Oh, misteri sungguh kah?

Dah masuk jumpa doktor tadi..Soalan yang begitu lali dekat cuping telinga aku pun diutarakan..Pernah jatuh ke sebelum ni..Ada angkat berat ke? Serius..jatuh takde..Angkat berat? Mungkin sebab banyak tolong abah masa doul-dolu..

Doktor pun cek la mana-mana yang berkenaan..Tapi..Masih jawapan yang sama aku terima....T___T

Takpelah..mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..Aku usaha cara lain...Insya Allah...

Monday 3 September 2012

Stesen Radio Temin Fm..Ate Moh Le Kite Dengor...




Dah lama sebenarnya aku layan Temin Fm ni..Cuma tak diceritakan dalam blog..ahaks..

Dan hari ni aku dah letak radio Temin Fm dalam blog aku..Senangkan aku jugak kan..Terus dengar melalui blog aku je..hehe

Actually Temin Fm ni berasal dari Kampung Temin yang terletak di Sungai Siput, Perak. Menamakan Temin Fm sempena nama kampung tu dan pengasasnya pun menetap di Kampung Temin..Ohh..kampung aku tuuuu...

Tapi bukan bermakna di 'manage' oleh aku (◕‿-)..Tapi diusahakan oleh sepupu aku yang teramat 'kreatif dan inovatif''...hahaha...Dan kemudian bertambah jumlah Deejay yang berminat untuk ke udara dan 'mempromosikan' suara diorang ke cuping telinga pendengar Temin Fm...

Oklah..siapa2 yang berminat nak tengok dan ziarah blog Temin fm ni..Klik Banner kat bawah ye!


 
Tahu tak dengan gigi korang yang putih melepak dan bersinar2 tu boleh membantu korang menang 1 carat diamond*?? Cubalah!Klik gambar kat bawah..(◕‿◕✿)
 
 

Saturday 1 September 2012

Takde Tempat Lain Ke Nak Landing?




Sebelum aku solat Zohor tadi, khusyuk aku mengait doily...Sampai aku lupa nak bagi kucing aku makan..huhu

Lepas aku bagi dia makan, terus aku menunaikan kewajipan aku..Menghadap yang Maha Esa memohon keampunan dan keberkatan...

Niat di hati lepas solat nak sambung mengait..Menyiapkan lagi 30% baki yang tinggal..Tapi semuanya terbengkalai gara-gara kucing aku...Ish..ish..ish...korang tengoklah apa dia dah buat....


Sedap je dia landing atas projek aku!Grrrr.....





Dalam banyak-banyak tempat kat umah ni..sini yang ko pilih Meer...Adoilah.....



 
Tengok..sampai tertelalp dia atas doily aku..Agaknya dia nak suruh tuan dia buatkan satu untuk da tidur..Banyak cantekkkkk!!huhuhu..Sabor jelah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...