Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Wednesday, 22 May 2013

8 Mei 2013

Kenapa dengan tarikh 8 Mei? Alhamdilillah,pada tarikh tersebut lahirnya cahaya mata sulung kami. Bermakna bertambah lagi ahli keluarga.hehe

Kesakitan masa bersalin hanya Allah yang tahu. Dan nikmatnya terasa bila anak keluar je dari perut,terus hilang segala kesakitan. Dan Alhamdulillah, aku bertarung dengan kesakitan bersalin hanya dalam tempoh 4 jam. Hebatnya kuasa Allah....

Bashiratul Raihanah nama diberi. Ye, puteri sulung kami yang comel sudah 15 hari melihat dunia yang penuh pancaroba ini. Sekejap je masa berlalu. Sehingga sekarang masih terasa gerakannya semasa masih dalam perut.

Aku masih ada sebulan lagi tempoh berpantang. Lambatnya terasa tapi apakan daya, pantang sekarang untuk hari tua nanti.

So, selamat berpantang untuk aku....hihi

I really miss my hubby...Need him around and every moment but he must work hard to support us...

Sent from my iPad...

Saturday, 4 May 2013

Jalan-jalan PRU 13

Baru balik melihat suasana sebelum hari mengundi. Dalam hujan pun redah jugak. Dalam duk tunggu hari nak 'meletup',sempat jalan2 lagi.hehe

Biasalah 5 tahun sekalikan. Dahlah aku tak balik mengundi..sob3..sedihnya..Rugi dah satu undi.

Besar tak replika kapal terbang tu?hehe

Sent from Samsung Mobile©

38 minggu!

Wah,lamanya tak update blog. Bermakna dah lama jugak aku tak online. Malas untuk update...huhu

Sekarang dah 38minggu. Minggu berjaga-jaga. Anytime baby mintak untuk keluar melihat dunia...hehe.

Perut dah besar,nak tidur malam punyalah payah. Kadang-kadang tu,sampai menangis dekat hubby..huhu.

Memang banyak dugaan as preggy woman ni. Kena banyak bersabar...

Sent from Samsung Mobile©

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...