Hari ni aku semangat buat peta lakar
untuk abah....Sebabnya nak buat permohonan baru dengan kementerian
kewangan..Sebelum ni aku buat guna tangan je..Lukis macam budak
sekolah!haha..Teruk..Tapi hari ni aku try guna Microsoft Word +
Photoscape dan hasilnya menjadi...saya suka..saya suka..hihi
Lepas aku upload dalam sistem..Aku pun tetiba teringin nak buka SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)..Dan tetiba aku terpandang berita yang sangat-sangat aku suka...Beritanya cam gini...
"Calon berkelayakan Ijazah Sarjana
Muda kini dibenarkan untuk memohon dan dilantik ke jawatan yang
berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Ini bertujuan bagi membolehkan
semua calon bersaing bagi memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian
tanpa sekatan tahap kelayakan akademik yang dimiliki calon. Oleh yang
demikian, dengan pelaksanaan kaedah ini, semua calon boleh memohon
mana-mana jawatan yang dimohon tersebut dua (2) peringkat lebih rendah
daripada kelayakan akademik tertinggi yang dimiliki calon."
Oh..Aku pun apa lagi terus update akaun SPA aku..Jawatan boleh diminta sehingga 15 pilihan tau... Minta-minta adalah rezeki aku...Mungkin aku patut mencuba dari bawahkan?Tak cuba tak tahu...Entahlah..Dah lama grade tapi masih tak dapat2 kerja..Sabar aje...
Ya Allah..Mudahkanlah dan dekatkanlah aku dalam mencari dan mendapatkan rezeki pekerjaan yang halal..Amin...
Opss..sebelum terlupa..Anda nak tahu anda jenis ibu bapa yang macam mana? Garang kah? Kontemporarikah? Moden kah? Rajinkah?
Jom ambik KUIZ ni jika anda tahu!
No comments:
Post a Comment