Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Friday, 25 January 2013

Resepi Ayam Hailam..Meleleh ke?





Kebetulan tadi pergi shopping kat Mydin, aku ada beli cendawan shitake...Balik rumah tengok dalam peti ais  ada ayam..Kepala otak aku ligatla mencari resepi nak masak apalah ayam ni..Last-last aku masak ayam hailam..haha..Resepi emak yang diturunkan pada aku...


Tapi, bila dapat kat aku resepi ni..Aku suka ubah-ubah..Ikut suka hati aku dan ikut bahan yang ada kat dalam rumah...Kalau nak stick dengan resepi, memang tak termakanlah..Kena kreatif dan inovatif..Betul tak..haha..

Ok..resepinya...

-Beberapa ketul ayam
-Cendawan shitake / cendawan tiram (ikut suka nak letak byk mana)
-Bawang besar (sebiji dan dipotong bulat)
-Halia (dihiris halus)
-Bawang putih (3 ulas diketuk)
-Sedikit sos lada hitam, sos tiram dan serbuk lada hitam. (kalau takde pun takpe serbuk tu)
- Cabai merah / hijau
- Garam secukup rasa
- Sedikit daun ketumbar / sup / bawang (dipotong)
- Sedikit air

Cara memasak:

1. Tumis bawang putih dengan halia. Dah agak kekuningan masukkan ayam dan cendawan shitake. Goreng sehingga ayam kekuningan.

2. Masukkan sedikit air utk empukkan ayam dan didihkan sehingga ayam dan cendawan masak secukupnya. 

3. Kemudian, bubuh sos lada hitam, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. Rasa ikut sesedap mulut anda.hihi

4. Lepas tu masukkan cabai dan bawang besar.

5. Last sekali masukkan daun ketumbar. Kalau nak kuah agak pekat boleh campur tepung jagung.

Siap!! Senang aje nak buat nih...

Cubalah ye...

-RiEsA-

6 comments:

aTieYusof Family said...

Sedap nya!..
boleh cuba nti..
salam kenal..singgah follow sni #176:)

RiEsA said...

hihi..itulah..cuba sampai sedap tau...TQ follow

Harith Iskandar said...

huiii meleleh

Sally Yatiey said...

Sedappp2 ;D

yan said...

ayam hailam... first time dgr nmpk menarik

Nurashikin Saffiya said...

Tak dapat nk review gambar masakan awk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...