Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Monday, 14 May 2012

Tak payahlah nak busuk hati...




Cuti sekolah makin dekat....

Budak-budak mesti tengah melompat2 ketidaksabaran dalam hati nak cuti sekolah nih...

Bagi yang bakal mendirikan rumahtangga...mesti korang rasa dup-dap dup-dap..kan2?Hehe...Bertimbun2 dah kad kahwin kat rumah aku nih...banyak benor kenduri bila cuti sekolah....
 
Dan dalam masa yang sama jugak..ada je insan atau anasir yang berhati 'busuk' bersuara....
 
Aku nak cerita busuk hati berkenaan mas kahwin dan hantaran.....
 
Aku pun tak tahula sebab apa insan berhati busuk ni cukup dengki dengan nilai hantaran dengan mas kahwin....Lantak diala nak letak hantaran RM15k ke..RM11k ke..RM12k ke..RM20k ke..yang susah hati kenapa? Dan lantak diorangla nak letak mas kahwin beribu-ribu lemon ke..beratus2 ringgit ke..apa masalahnya? 
 
Nilai hantaran dan mas kahwin ni terletak pada kemampuan pasanagn yang nak berkahwin..bukan pada kemampuan pada insan yg busuk hati ni...tak usik sikit pun duit insan2 nih...
 
Lagi satu, if belah pengantin perempuan nak amik semua duit hantaran pun...yang dikisahkan kenapa? Terpulang dekat dioranglah...dah 'mak bapa' diorang ada duit..apa salahnya support kenduri anak diorang...

Tolonglah...kita ni memang perlu jaga tepi kain orang..tapi jaga tu yang berpada-pada..bukan main hentam saja...kalau nak dengki pun..dengkilah pada perkara yang baik-baik..yang buruk-buruk tak payah nak didengki..buat sakit hati dan takut-takut jadi dosa pulak....

Pada aku...aku tak kisah selagi tak melanggar syariat Islam dan buat semua dalam keadaan yang elok dan baik....

22 Jamadilakhir 1433H

7 comments:

..cik hana.. said...

hehehe....biasala tu riesa...kalau yang berkemampuan takperla kan parents diorang leh support..tapi bagi yang tak mampu tu dan terpaksa berhutang keliling pinggang semata2 nak wat kenduri yg meletop x elok la kan.. :)

Camy Alya said...

yang penting akad nikah je. dah

sis92 said...

mulut orang especially makcik2 kepoh mmg susah nk ditutup..ada je yg tak kena kat mata mereka ni -,-

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...
This comment has been removed by the author.
CikMai said...

mulut manusia. minta banyak org cakap buruk, minta sikit pun orang cakap buruk2. tak dapat lari (T___T)

p[A]n[A]d[0]L© said...

dah nama pun manusia..
semua benda pun nak d dengki kan..
x kira la benda tue baik ker tak..

Tinta Lana said...

Salam ca..

urmm, ada org, memg niat dia menegur untuk kebaikan..tpi kadangkala tak kena tempat dan orang yg ditegur.

contoh cam ca bg ni la, kalau keluarga dan pasangan mampu buat majlis yg gempak2, tak perlu la kita cakap banyak.. sudah berkemampuan..nnti kalau dibuat sederhana, org berkata, "aik,bnyk duit, buat simple je, kedekutnya"
Camtu plak.. susah nak tutup mulut suma..yg pnting pndai jaga mulut sndiri :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...