Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Monday, 12 August 2013

Itulah Realiti

Setelah sekian lama aku rasa nak meluahkan perasaan dalam blog ni. Berkenaan susu badan dan susu formula.Sebelum tu aku nak m.maaf kalau ada mana2 pihak terasa apa yg aku nak sampaikan.

Aku terpaksa campurkan susu badan dengan susu formula memandangkan susu badan sedikit.Masa mengandung memang niat nak breastfeed sepenuhnya.Tapi kita hanya merancang,Allah yang tentukan segalanya.

Mula2 anak diberi susu formula,hati sedih sangat.Sebab hak dia menyusu badan tak mencukupi.Mujurlah,ada adik ipar yang sudi menyusukan anak aku.Tapi tak lama sebab aku balik berpantang kat umah mak aku.

Bila dalam tempoh berpantang,aku tension sangat2.Anak lapar,air susu sikit.Aku relakan jugak anak aku minum susu formula.Macam2 aku cuba untuk banyakkan susu.Minum susu Anmum,adik ipar bagi Shaklee,mengurut sampai 3kali,ambik vitamin,ambik ubat,makan sayur,sikat miss b,aku perah jugak walaupun cuma 1oz,tapi hasilnya tak banyak jugak.

Jadinya sampai sekarang mix susu.Kadang2 yang menyusu badan secara eksklusif pertikaikan tindakan aku.Aku bangga pada siapa2 yang fully breastfeed ni.Dah rezeki susu diorang banyak.Cuma aku mintak janganlah pandang rendah pada golongan macam kami.Cuba bayangkan kalau anda jadi macam kami.Itupun aku bersyukur sebab ada jugak susu badan walau sedikit.

Untuk anak ibu,ibu m.maaf sebab tak bagi hak anak ibu sepenuhnya.Mungkin atas kesalahan ibu sama.Ibu harap anak ibu jadi anak solehah.

Ingatlah,kita hanya merancang,Allah yang menentukan segalanya.

Sent from Samsung Mobile©

1 comment:

Harith Iskandar said...

xcube mkn kurma byk2? paling kurang 7biji sekali mkn.ikut petua jer lah.der juge doa2 utk tmbah susu badan tp sy xhapal la...ehe
per pun sabar ya..tu kan dugaan jer semua tu..sabar and Selamat Hari Raya Aidilfitri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...