Klik Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Tuesday, 28 August 2012

Kerana Dia..




Salam sayang semua. Aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kaum muslimin dan muslimat.

Setelah seminggu berada di kampung kedua-dua belah pihak, maka rutin harian pun bermula apabila kembali ke teratak kecil aku.huhu...






Bekas botol air, yang aku kait sebelum bulan Ramadhan, aku hadiahkan kepada emak tersayang. Emak kata sepanjang bulan Ramadhan dia bawa setiap kali ke solat Terawih. Oh, terharunya aku.

Kemudian emak cakap kawan dia berminat betul dengan bekas ni. Dibelek2nya bekas air dan kemudian masa aku bertandang ke rumah kawan emak untuk beraya, aku dihadiahkan ini...




Benang kait buatan Vietnam! Alangkah seronoknya dalam hati. Ya, rezeki Syawal.hihi. Bukunya aku pinjam untuk rujukan dan menambahkan lagi kemahiran.

Dan semalam aku dapat panggilan dari emak meminta aku membuat alas meja jubin di rumah. Insya Allah emak, akan diusahakan. Memang niat di hati hendak hadiahkan lagi hasil kaitan pada emak..^^, 

Nak tahu cara memenangi RM100,000? Klik gambar kat bawah..

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...